Semasa

Kejohanan Taekwondo Peringkat TD

KUALA LUMPUR: Seramai 480 termasuk pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Majlis Penutup Kejohanan Taekwondo peringkat Tentera Darat pada 5 Jul 2018.

Majlis dimulakan sejurus ketibaan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari ini bermula dari 2 hingga 5 Jul 2018 adalah untuk memilih atlet-atlet untuk mewakili Tentera Darat dalam Kejohanan Taekwondo Peringkat Perkhidmatan tahun 2018.

Bagi penyertaan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Peringkat Tentera Darat 2018, pasukan yang telah bertanding adalah Trup TD 1 (10 Bgd PARA + MK TD), Trup TD 2 (MK GGK + 165 BN Risik), Trup PMBTD, MPLD TD, MPL TD, 1 DIV, 2 DIV, 3 DIV, 4 DIV dan AT 450.

Perlawanan akhir bagi Kategori Lelaki HEAVY dan FLY dimulakan sejurus ketibaan TPTD dan acara diteruskan dengan penyampaian pingat kepada peserta yang menang.

Bagi kategori Wanita Berpotensi ialah Lt M Izzati Liyana Mahamed Zainodi dari MPLTD manakala kategori Lelaki Berpotensi pula ialah LKpl Mohamad Fahami Razali dari Trup TD 1, dan seterusnya Penerima Pingat Terbaik Kategori Wanita ialah LKpl Siti Rohaya Abdul Rahman dari 4 Div dan Kategori Lelaki ialah LKpl Muhd Faiz Jailani dari 1 Div.

Johan Keseluruhan jatuh kepada Trup TD 2 Dengan pungutan pingat sebanyak 5 Emas, 2 Gangsa dan 1 Gangsa.

Majlis diakhiri dengan ucapan TPTD serta merasmikan penutup Kejohanan Taekwondo Peringkat Tentera Darat Tahun 2018 dan acara bergambar.

Oleh: LKpl Khatijah Sahbudin

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online