4 DivSemasa

MK 4 Div Anjur Larian Merentas Desa

KUALA LUMPUR: Seramai 800 peserta dari empat pasukan iaitu MK 4 Div, MK 12 Bgd, 1 RRD dan 12 SSD mengambil bahagian dalam Larian Merentas Desa yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di Kem Wardieburn pada 10 Jul 2018.

Acara Merentas Desa terbahagi kepada dua kategori iaitu larian 3KM bagi wanita dan 5KM bagi lelaki.

Program ini bertujuan untuk memastikan anggota Tentera Darat sentiasa aktif dari segi fizikal dan juga mental serta dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama pasukan di dalam Kem Wardieburn.

Terdapat banyak kebaikan larian, antaranya ialah menajamkan pandangan mata, menjaga jantung dengan baik, menguatkan tulang, lancar berfikir dan teknik bernafas dengan baik.

Gambar: Sjn Abd Rahim Mohd Zain

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online