NEGERI SEMBILAN: Eksesais Keris Strike 22/2018 telah dirasmikan pembukaannya di Kem Senawang pada 23 Jul 2018.
Upacara perasmian disempurnakan oleh Ketua Staf Am Markas Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Azlan Abdul Rahman, perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Mohd Harif Ishak, disertai oleh kontinjen dari 15 RAMD yang mewakili Tentera Darat Malaysia dan kontinjen 96th Troop Command Army National Guard yang mewakili United State Army Pacific Command.
Pemakaian Toha Eks sebagai simbolik bermulanya eks dipakaikan kepada Pengarah Eksesais, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Reduan Hj Omar dan Bde Comdr 96th Troop Command Army National Guard, Col Anthony Lieggi, ia kemudian disusuli dengan pemakaian toha kepada ketua-ketua elemen eksesais meliputi Command Post Exercise (CPX) dan Field Troop Exercise (FTX).
Eksesais ini yang diadakan di sekitar Senawang dan Lenggeng sehingga 3 Ogos 2018.
Gambar: Sel PR MK 3 Div, Sel Risik MK 1 Bgd, Sel Risik 15 RAMD