KUALA LUMPUR: Seramai 11 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) serta Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah dinaikkan pangkat ke Lt M dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tugas Khas Tentera Darat yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Bilik Kenanga pada 9 Ogos 2018.
Anggota KJLJD yang dinaikkan pangkat Lt M terdiri dari enam anggota yang mana lima daripadanya iaitu PW I Mohd Nazari A. Bakar, PW II Mohd Al-Naim Abdullah, SSjn Azinan Ahmad, SSjn Zaini Ahba dan SSjn Muhammed Fairuz Muhammed Hayee telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Kerja Wksp manakala seorang anggota menjawat jawatan Kuartermaster iaitu PW II Mohd Samsul Gahar Kamarudin.
Bagi anggota KKD pula, empat daripadanya dinaikkan pangkat Lt M serta menjawat jawatan sebagai Pegawai Teknikal yang terdiri dari PW II Noraidila Ganti, SSjn Azhar Shaari, SSjn Norlela Baharin dan Sjn Rafizan Noorhani Zainal Abidin manakala seorang anggota menjawat jawatan Kuartermaster iaitu SSjn Mohamad Helme Arshaad.
Dalam ucapan TPTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan diingatkan bahawa kenaikan pangkat ini turut disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan jujur serta amanah.
“Kenaikan pangkat merupakan satu pengiktirafan dan disusuli dengan amanah yang perlu dizahirkan bukan sekadar diungkap tanpa dilakukan,” jelas TPTD.
Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh pegawai dinaikkan pangkat ini bukan terhasil dari persendirian tetapi ianya merupakan kejayaan bersama keluarga kerana tanpa dorongan, sokongan serta doa dari keluarga masing-masing kejayaan ini tidak mungkin dimiliki.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Hj Ya’akob Koming dan AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.
Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya