Bersama PemimpinSemasa

Lawatan Ulung PTD ke MK PLDTD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi  melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat pada 14 Nov 2018.

Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi lalu diperkenalkan kepada pegawai-pegawai MK PLDTD.

Seterusnya PTD menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Md Fairus Norrani bertempat di Padang Kawad Kem Segenting.

PTD kemudiannya dibawa ke Bilik Imphal MK PLDTD untuk mendengar taklimat lawatan dan melawat sekitar Pusat Latihan yang terdapat di sekitar Port Dickson.

Turut hadir Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, Pengarah Doktrin PLDTD, Brig Jen Dato’ Othman Hj Jalal dan pegawai-pegawai kanan MK PLDTD.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online