Bersama PemimpinSemasa

PTD Lawat Kem Syed Sirajuddin

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Ulung beliau ke Kem Syed Sirajuddin pada 7 Feb 2019.

Beliau kemudian menerima tabik hormat dari kawalan kuarter oleh anggota Pusat Olah Perang TD (POP TD) lalu diperkenalkan kepada pegawai dan seterusnya PTD dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat lawatan oleh Pengarah POP TD, Kol Abdul Razak Hussain.

Lawatan PTD diteruskan ke pasukan 391 Bti RAD dan beliau turut diberi Taklimat Pengoperasian di Bilik Sektor Operasi oleh Ketua Bateri, Lt Kol Zulkefli Hj Nordin.

Sejurus menunaikan solat Zohor bersama warga Kem Syed Sirajuddin, PTD dibawa ke kawasan latihan manuver jambatan untuk menyaksikan demonstrasi aset 4 Skn RAJD (Jn) dan turut melibatkan aset dari 14 RAMD (Mek) seperti pemasangan Tactical Mobility Support System (TMSS), pembinaan rakit 30meter serta pembinaan jambatan taktikal lengkap 32meter.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Abdul Rahman, AKS OPLAT, Mej Jen Dato’ Ya’acob Samiran, Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman dan AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online