KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melawat booth pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 19) bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) yang diadakan dari 26 hingga 30 Mac 2019.
LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Mac, setiap dua tahun di Pulau Langkawi yang bertujuan sebagai platform bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia serta negara-negara di Asia Pasifik.
Disamping melawat ke tapak pameran, PTD turut dikunjungi oleh deligasi tentera luar negara di pejabatnya yang berada di MIEC.
Selain itu, beliau mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD melawat tapak pameran LIMA 19.
Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara diadakan di MIEC manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Resort World Langkawi (RWL).
PTD juga berkesempatan menaiki KD Perantau dalam Program Fleet Review yang turut di hadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu di RWL.
Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Kpl Mohd Zulkifli Awang.