MK Medan BaratMK Medan TimurSemasaTask Force 450

5 Div Dan 13 Bgd Dilancarkan

SABAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi telah menyempurnakan Acara Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) bertempat di Padang Kawad Rejimen Ke-6 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 4 Sep 2019 yang mana 5 Div sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Petugas 450 (AT 450).

Penukaran designasi ini adalah salah satu daripada keperluan penjajaran bagi memperkemas struktur organisasi TDM di Sabah dengan menubuhkan sebuah divisyen di negeri Sabah, selari dengan strategi pertahanan daratan TDM iaitu untuk mempertahankan dua wilayah secara serentak melibatkan Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Kemuncak kepada acara berkenaan adalah upacara penyerahan bendera 5 Div daripada PTD kepada Panglima 5 Div, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah  dan juga bendera 13 Bgd kepada Panglima 13 Bgd, Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Haji Ahmad di hadapan kontinjen perbarisan seramai 12 pegawai dan 685 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Sempadan (8 RS), Lt Kol Mohd Johaizad Jarudin.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Pegawai Kanan TDM, Pembesar Negeri Sabah dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Sabah, Mantan Panglima, Warga TD di Kem Lok Kawi serta Veteran ATM negeri Sabah.

Oleh: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online