Bersama PemimpinSemasa

Tautan Kasih Erat Hubungan Warga KRD Dengan Veteran

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi Kor Risik Diraja (KRD), Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan merasmikan Majlis Tautan Kasih Jubli Emas KRD di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 22 Sep 2019.

Terdahulu ketibaan Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan isteri disambut oleh Timbalan KPPP, Mej Jen Ahmad Norihan Jalal.

Majlis Tautan Kasih Jubli Emas KRD diadakan sebagai salah satu aktiviti Jubli Emas KRD sempena sambutan yang Ke-50 tahun selain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara pesara bersama warga KRD yang masih berkhidmat dan sebagai tanda penghargaan ikhlas KRD di atas segala sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh pesara KRD.

Dalam ucapan KPPP, beliau menyatakan bahawa tanggal 7 Nov 2019 nanti merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga KRD kerana genaplah usia 50 tahun penubuhan KRD.

“Selari dengan transformasi perkembangan organisasi yang berlaku, maka elemen sumber manusia dan aset-aset perisikan turut berkembang dari saiz kekuatan yang kecil pada peringkat awalnya dan kini seramai 320 pegawai dan 1,698 anggota LLP sedang berkhidmat di dalam mahupun di luar negara.

“Dalam menyambut tahun keramat ini, saya menyeru agar warga KRD yang masih berkhidmat serta veteran KRD hendaklah kekal menyimpulkan ikatan silaturahim yang utuh dan mampan demi memartabatkan imej KRD ke arah kepentingan serta kebaikan bersama,” ujar KPPP.

Majlis diteruskan dengan Pelancaran Buku Sejarah KRD, Transformasi dan Keunggulan dengan cetusan idea dari mantan KPPP, Lt Jen Dato’ Sri Abdul Hadi Hj Hussin sejak tahun 2015 di mana segala perkembangan dan kemajuan KRD melakar pelbagai sejarah telah dibukukan sebagai rujukan generasi akan datang.

Turut hadir mantan Ketua Staf Perisikan Pertahanan pertama, Jen Tan Sri Dato’ Ghazali Mohd Seth (B), mantan Ketua Staf Perisikan Pertahanan ketujuh, Jen Tan Sri Dato’ Ghazali Hj Che Mat (B), mantan Pegawai Memerintah KRD, JenĀ  Tan Sri Dato’ Sri Abdul Rahman Hj Abdul Hamid (B), Presiden Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM), Mej Jen Dato’ Zahar Hashim (B) dan Pengarah KRD, Kol Hj Idros Hj Muhammad.

Gambar: Sjn Nurulhaswani Ruzaini dan Sel GEOINT, BSPP

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online