SABAH: Seramai 21 pegawai dan 457 anggota Lain-Lain Pangkat terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Padang Kawad Enam Rejimen Artileri Diraja (6 RAD) pada 17 Dis 2019.
Bagi menghargai perkhidmatan kedua-dua Pegawai Kanan TDM yang diraikan iaitu Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat dan Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, satu perbarisan tempur terdiri dari enam kontinjen yang diketuai oleh, Pegawai Memerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Lt Kol Rizwan Abdullah telah dipertontonkan dengan peragaan aset serta kenderaan TDM.
Lebih menarik perbarisan penghargaan ini dilaksanakan serentak memandangkan kedua-dua Pegawai Kanan TDM ini pernah berkhidmat sebagai Panglima di Negeri Sabah dan akan menamatkan persaraan pada jangkamasa yang sama.
Mengimbas kembali keperibadian Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat, beliau dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 20 Mac 1960 dan memasuki Sekolah Pegawai Kadet (SPK) pada 10 Julai 1978 serta ditauliahkan ke dalam kor RAMD dan memulakan karier sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 RAMD di Kedah.
Beliau bakal menamatkan perkhidmatan selama 41 tahun dalam TDM pada 20 Mac 2020 merupakan mantan Panglima Angkatan Petugas 450 (Task Force 450) yang kini dikenali sebagai 5 Div.
Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat berkelulusan Sarjana Sastera dalam Kajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah memegang beberapa jawatan penting dan jawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan adalah sebagai Ketua Staf di Markas Angkatan Bersama (MAB).
Manakala mengimbas keperibadian Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, beliau dilahirkan di Batu Gajah, Perak pada 26 Mac 1960 dan memasuki Maktab Tentera Darat (MTD) pada 7 Jan 1978 serta ditauliahkan ke dalam kor RAMD dan memulakan tugas sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-24 RAMD di Terengganu.
Beliau bakal menamatkan selama 42 tahun dalam TDM pada 25 Mac 2020 merupakan mantan Panglima 5 Bgd yang memulakan akan tugas di Mk 5 Bgd pada bulan Sep 2015 hingga Sep 2018.
Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin berkelulusan Master of Defence Studies dari UNSW Australia dan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pernah menjawat beberapa jawatan penting serta mengikuti misi United Nations Operations in Mozambique (ONUMAZ) di Afrika dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan.
Turut hadir, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain dan pegawai-pegawai kanan.
Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang
[custom-facebook-feed album=3125300624165498]