OP PENAWARSemasa

Tiga Juta Rakyat Malaysia Masih Ingkar – PAT

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Dato’ Seri Hj Affendi Buang TUDM menyatakan kira-kira tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020.

Angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera walaupun pematuhan PKP mencapai kadar pematuhan 90 peratus, namun masih asa 10 peratus yang masih ingkar.

“Kita akan membantu PDRM memupuk sifat berdisiplin di kalangan rakyat untuk mematuhi perintah dan arahan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“ATM juga bersetuju penguatkuasaan PKP diberi lebih tumpuan di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti pasar dan pasar raya kerana sehingga kini orang ramai didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan penjarakkan sosial,” katanya dalam kenyataan Media MK ATM.

Selain itu PAT menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan sebarang berita palsu yang tular terutama melibatkan informasi, gambar, video dan rakaman suara yang menunjukkan atur gerak ATM pada skala besar yang mana boleh mencetuskan kebimbangan serta panik di kalangan rakyat.

Secara keseluruhan, seramai 7,500 anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ditugaskan untuk membantu PDRM di 405 lokasi sekatan jalan raya dan 272 kawasan rondaan kereta peronda polis (MPV) di seluruh negara setiap hari.

Beliau juga menyeru supaya masyarakat faham bahawa PKP dilaksanakan atas pertimbangan sewajarnya dan penglibatan ATM dalam membantu PDRM adalah keputusan yang wajar agar PKP dapat dilaksanakan atau dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online