KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose Mohd Zain di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 8 Jul 2020.
Majlis diteruskan dengan Penganugerahan Pangkat Mejar Jeneral Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah, Kementerian Pertahanan.
Seterusnya, Penganugerahan Pangkat Brigedier Jeneral Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz yang telah dilantik sebagai Pengerusi Sidang Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Se-Malaysia manakala, yang terakhir Penganugerahan Pangkat Kolonel Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka kepada Datuk Seri Dr. Hasim Hasan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Melaka.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang.
Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya dan Pbt Muhammad Shafirin Radzi