PenghargaanSemasa

Perbarisan Penghargaan Brig Jen Dr Janudin Awang

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-12, Brig Jen Dr Janudin Awang yang akan bersara setelah lebih 35 tahun mencurahkan khidmat bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.

“Sudah menjadi lumrah setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya dengan ketentuan dan perancangan Tuhan Yang Maha Esa.

“Kehilangan Brig Jen Dr Janudin Awang adalah satu kehilangan yang amat besar kepada TD khususnya dan ATM amnya,” jelas PTD.

Tambah PTD lagi, disebalik kejayaan seorang pegawai, ibubapa, pasangan, dan anak-anak merupakan kekuatan dalam memberi sokongan dan motivasi untuk terus bangkit dan berjuang demi keluarga dan negara tercinta.

PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Brig Jen Dr Janudin Awang di Dewan Serbaguna Kem Wardieburn pada 31 Dis 2020.

Mengimbas keperibadian Brig Jen Dr Janudin Awang, beliau telah menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Tauliah Jangka Pendek pada 1 Apr 1985 dan telah ditauliahkan pangkat Kapt pada tarikh yang sama.

Beliau juga telah menyandang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Fakulti Akademik di KD Pelandok pada tahun 2006, Pengarah Blue Ocean Strategy Perkhidmatan (Darat) di Malaysian Institute Of Defence And Security (MIDAS) pada tahun 2016 dan jawatan terakhir selaku Pengarah Pendidikan ATM Ke-12 pada 31 Jun 2019.

Sementara itu, dalam ucapan Mantan Pengarah Pendidikan ATM Ke-12, beliau amat terharu atas pengorbanan setiap lapisan anggota dalam bersusah payah merealisasikan Perbarisan Perhargaannya walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Tugas dan peranan KPA (pendidikan) bukan sahaja menyediakan pelbagai inisiatif pendidikan dan peningkatan keupayaan akademik warga ATM malah menjangkau ke arah melahirkan modal insan yang profesional,” katanya.

Tambahannya lagi, sentiasalah berpegang teguh kepada falsafah pendidikan ATM yang mensasarkan hasrat angkatan dalam melahirkan warga tentera yang memiliki kekuatan nilai sejagat.

Simbolik acara diakhiri dengan send off mengikut norma baharu Standard Operasi Prosedur (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Turut hadir, Pengerusi Kor Perkhidmatan Am, Mej Jen Dato’ Nazri Abu Bakar, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran dan AKS Sumber Manusia Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online