KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan (OPLAT) di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD) pada 19 Mac 2021.
Serah Terima Tugas ini di antara Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail yang akan ditugaskan sebagai Ketua Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-16 (TPA M-16) telah menyerahkan tugas AKS OPLAT kepada Brig Jen Mohd Adzhar Abd Latif.
Simbolik majlis dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disempurnakan di hadapan PTD.
Mengimbas keperibadian Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, beliau dilahirkan di Bagan Datoh, Perak pada 24 Mac 1964 dan mula menceburi bidang ketenteraan dengan mengikuti latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 1 Mac 1985 dan pada 8 Mac 1986, beliau ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan memulakan perkhidmatannya sebagai Ketua Platun di 17 RAMD.
Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para), Ketua Staf (KS) di MK 10 Bgd dan 8 Bgd, Juruarah Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Pengarah Eksesais MK Angkatan Bersama – J7.
Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Staf MK 1 Div, Ketua Staf Tadbir dan Logistik di ESSCOM, Panglima MK 13 Bgd, Pengarah Infantri, AKS OPLAT serta jawatan terkini beliau adalah sebagai Ketua TPA M-16.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Abdul Rahman dan Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.
Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi