MELAKA: Commander-In-Chief Royal Thai Army (RTA), Jen Narongpan Jittkaewtae dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat Briged Ke-10 (Para) (10 Bgd (Para)) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain bertempat di Dataran Parawood Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD (Para)) pada 30 Jun 2022.
Objektif utama penganugerahan ini adalah sebagai penghormatan dan pengiktirafan Tentera Darat (TD) amnya dan 10 Bgd (Para) khasnya terhadap Comander-In-Chief RTA di samping mengekalkan hubungan strategik bilateral Malaysia-Thailand yang telah terjalin sekian lama.
Terdahulu, Commander-In-Chief RTA menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang berkekuatan seramai tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Syahril Jopri di Dataran Wisma Pertahanan.
Selesai KKU, Commander-In-Chief RTA bersama delegasi diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan TD sebelum melakukan Kunjungan Hormat kepada PTD dan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz sempena Lawatan Rasmi di Malaysia mulai 30 Jun hingga 1 Jul 2022.
Sesi Kunjungan Hormat ini diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan serta acara bertukar cendera kenangan.
Tamat sahaja lawatan di Wisma Pertahanan beliau di bawa ke Dataran Parawood untuk menyaksikan pertunjukan terjun bebas oleh 10 Bgd (Para) yang melibatkan lapan anggota LLP dan diketuai oleh Mej Mohd Aswad Fauzi.
Antara demontrasi lain yang diadakan adalah seperti Tempur Tanpa Senjata (TTS), Freefall, Repelling, Abseiling, Fast Roping, Renang Tempur dan Tactical Combat Casualty Care (TCCC).
Acara diteruskan dengan persembahan Para War Dance atau Tarian Perang yang mana persembahan ini melambangkan keberanian dan kekuatan pahlawan para.
Commander-In-Chief RTA juga turut menganugerahkan Sayap Penerjunan Tentera Darat Diraja Thailand kepada PTD dan 10 pegawai kanan TD yang lain.
Pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa ini sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Hj Abdul Aziz Samsi @ Hj Shamsudin.
Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime, Pbt Mohammad Shukri Suhaimi, Pbt Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Saifun Hakimi Zainon dan Riffat Mohd Yusof.