Semasa

LKT Gabungan Uji Keupayaan Rejimen Pakar RAJD AW

SELANGOR: Latihan Kem Tahunan (LKT) Rejimen Pakar Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) julung kalinya diadakan secara gabungan melibatkan semua kepakaran iaitu 40 Rejimen Pakar Pelabuhan RAJD Askar Wataniah (40 RAJD AW), 50 Rejimen Pakar Kereta Api RAJD AW (50 RAJD AW), 60 Rejimen Pakar Air RAJD AW (60 RAJD AW) dan 70 Rejimen Pakar Elektrik RAJD AW (70 RAJD AW).

Objektif latihan yang dilaksanakan di sekitar Negeri Selangor mulai 24 hingga 26 Jul 2022 ini memberi fokus untuk menguji kefahaman terhadap Pengoperasian Pelan Kontigensi (Op GEMPA) pada setiap peringkat pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di samping menilai keupayaan aturgerak Skuadron Zon Tengah dalam membantu Tentera Darat (TD) menangani bencana alam pada masa akan datang.

40 RAJD AW dan 50 RAJD AW diuji bersabit keupayaan pengendalian logistik iaitu melibatkan operasi pengendalian pelabuhan dan penghantaran logistik dengan menggunakan kereta api dalam memastikan bekalan bahan mentah, ubat-ubatan dan keperluan logistik lain sampai ke lokasi dengan selamat bertujuan membantu melancarkan pentadbiran TD ketika situasi konflik, cemas mahupun darurat.

Manakala, 60 RAJD AW berperanan membantu membekalkan air secara terancang tanpa menutup loji serta menghantar bekalan air bersih ke kawasan terjejas dengan dibantu oleh 70 RAJD AW untuk menjana semula elektrik ke atas kawasan loji yang terjejas sementara proses senggaraan dijalankan.

Pelaksanaan kesemua bentuk latihan ini adalah bagi menguji dan memperkasakan kecekapan para pegawai serta anggota rejimen pakar dalam persiapan menghadapi sebarang kemungkinan serta berkebolehan mengimplimentasikan pengetahuan dan kepakaran masing-masing ketika waktu kecemasan.

Senario latihan seumpama ini adalah signifikan dalam menguji keupayaan aset dan sumber manusia TD sekaligus selari dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan.

Turut hadir, Komander RAJD Pakar AW, Kol Norzali Nekmat, Pegawai Memerintah 40 RAJD AW, Lt Kol Dato’ Azman Shah Mohd Yusof, Pegawai Memerintah 50 RAJD AW, Lt Kol Abd Rahman Din, Pegawai Memerintah 60 RAJD AW, Mej Dato’ Ir Ts Muhammad Gadaffi Hussin dan Pegawai Memerintah 70 RAJD AW, Lt Kol Datuk Ir Hj Husaini Husin.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online