Semasa

Majlis Berbuka Puasa Warga 6 Bgd Bersama MENHAN

 

KEDAH: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera Darat (TD) Peringkat Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) di Kem Lapangan Terbang pada 11 Apr 2023.

Terdahulu, ketibaan MENHAN diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM yang menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada 50 warga 6 Bgd terdiri daripada 26 orang penghidap penyakit kronik, 17 orang asnaf dan tujuh orang mualaf.

Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa sebelum menunaikan solat maghrib, takbir raya dan sesi bergambar di replika Jambatan Pulau Pinang serta menandatangani Buku Lawatan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online