KEDAH: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Mohamad Hj Hasan menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak, Memorandum Persefahaman (MoU), Surat Setuju Terima dan Surat Niat oleh Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) pada 25 Mei 2023.
Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz menandatangani 43 kontrak bernilai RM 10.128 bilion melibatkan sebanyak 20 dokumen kontrak, 21 Surat Setuju Terima dan dua Surat Niat pada hari ketiga berlangsungnya Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA ‘23) Exhibition.
KEMENTAH turut mengumumkan beberapa perolehan aset pertahanan baharu yang sedang berlangsung seperti empat Helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk, 18 unit FA-50 Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA), tiga unit Unmanned Aerial System (UAS) and Associated Support Category Medium Altitude Long Endurance (MALE) Fasa 1 serta dua unit Maritime Patrol Aircraft (MPA) Fasa 1.
Dalam pada itu, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah mewakili Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memeterai lapan MoU bersama pihak berkepentingan dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Keseluruhan majlis ini turut disaksikan oleh Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.
Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Mohammad Fadzil Akirul