KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan Majlis Pelancaran Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada 4 Jul 2023.
Karnival Pendidikan ATM pada tahun ini bertemakan ‘Membangun Warga Kerja Pertahanan Ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan’ sejajar dengan etika kerja yang terkandung dalam aspirasi MENHAN.
Acara turut diselitkan dengan penyampaian Derma Siswa Premium kepada 22 penerima serta sumbangan komputer riba kepada 29 penerima yang disumbangkan oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) sebagai pemangkin semangat untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak warga ATM dan veteran.
Majlis diakhiri dengan pemberian sejumlah 200 buah komputer riba kepada anak-anak warga ATM dan veteran yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Dr. Shahrazat Hj Ahmad, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi