KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi Tentera Diraja Thailand yang diketuai oleh Lt Gen Santi Sakuntanark selaku 4th Army Area Commanding General, Royal Thai Army (RTA) bertempat di Bilik Tamu PTD pada 8 Mac 2024.
Dalam rangka lawatan ini turut disertai dengan acara Penganugerahan Sayap Kehormat 10 Bgd (Para) kepada delegasi Thailand serta Penganugerahan King Rama Batch VI kepada PTD dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim di ruang legar Pejabat PTD.
Penganugerahan ini bukan sekadar sebuah penghargaan, tetapi melambangkan kesungguhan dalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama ketenteraan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Diraja Thailand sekaligus sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan MK TD, Mej Jen Dato’ Hj Semaon Hj Marjuki dan Panglima 10 Bgd (Para), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.
Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul