Bersama PemimpinSemasa

MALBATT 850-12 Teruskan Perjuangan

SELANGOR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di Pangkalan Udara Subang pada 6 Nov 2024 yang menandakan persediaan pasukan Malaysia untuk menjalankan tugas di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Terdahulu, ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Ab Rahman lalu diteruskan dengan upacara Pemakaian Beret PBB dan Penyerahan Bendera Malaysia kepada Komander MALBATT 850-12, Kol Johan Effendi Hj Mohd Shalleh yang mengetuai perbarisan kumpulan pertama melibatkan 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

MENHAN berkata, pertukaran pasukan Kontinjen Malbatt 850-12 ke Lubnan dilakukan untuk menggantikan pasukan Malbatt 850-11 yang tamat tempoh bertugas mengikut arahan Force Commander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) selepas menilai situasi dan faktor yang melibatkan semua negara terbabit.

“Pertukaran ini dilakukan kerana penglibatan Malaysia sangat penting dalam memastikan keamanan dunia dan menunjukkan komitmen negara terhadap keamanan sejagat.

“Penghantaran pasukan MALBATT 850-12 ini juga menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam membina reputasi sebagai negara yang berdisiplin dan konsisten dalam menyelesaikan konflik secara aman.

“Sebelum berangkat, pasukan ini telah menjalani latihan yang intensif untuk memastikan mereka bersedia bukan sahaja dari segi keselamatan, tetapi juga dalam menghadapi cabaran psikologi semasa menjalankan tugas mereka,” jelas MENHAN.

Kontinjen MALBATT 850-12 yang terdiri daripada 854 anggota termasuk 82 pegawai dan 772 anggota LLP telah menjalani latihan selama tiga bulan termasuk latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di MALBATT Village, Port Dickson dengan penyertaan tiga pegawai dan 27 anggota dari ABDB menunjukkan kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam misi keamanan.

Mengulas mengenai kemungkinan kem pasukan MALBATT di Lubnan menjadi sasaran serangan Israel, MENHAN menjelaskan bahawa kem mereka tidak terdedah secara langsung kepada serangan darat kerana kedudukan kem tersebut terletak di antara beberapa kem pasukan pengaman dari negara lain.

Walaupun begitu, beliau mengakui kebimbangan terhadap ancaman serangan udara, namun beliau bersyukur kerana serangan udara oleh pihak Israel difahamkan sudah dihentikan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Zahani Hj Zainal Abidin TUDM, Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Lt Kol Rudie Asmawi Hj Abidin.

Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online