PULAU PINANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat menyaksikan Sambutan Majlis Deepavali Peringkat Tentera Darat (TD) di Dewan Banquet, Kem Tun Razak pada 6 Nov 2024.
Sambutan ini merupakan simbol kepada integrasi budaya dan agama dalam organisasi TD dimana cerminan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Sambutan perayaan seperti ini merupakan wahana untuk kita mengenali dan memahami satu antara lain dengan lebih mendalam yang akhirnya mengukuhkan perpaduan sebagai satu ketumbukan.
Acara dimulakan dengan gimik perarakan menaiki kereta lembu yang dihiasi dengan pelbagai hiasan.
Seterusnya, acara dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan seperti pertunjukan tarian masyarakat India serta nyanyian lagu.
Selain itu, PTD turut menyempurnakan penyampaian duit raya kepada anak-anak pegawai dan anggota yang hadir sebelum majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.
Gambar : LKpl Mohammad Fadzil Akirul dan LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein