Bersama PemimpinLawatanSemasaTrup TD

Lawatan Naziran ke 21 GGK

JOHOR: Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Mej Jen Ahmad Suhaimi Mat Wajab menyambut kedatangan delegasi Naziran dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengadakan sesi lawatan bagi menilai keberkesanan pentadbiran dan operasi anggota 21 GGK di Mersing pada 21 hingga 22 Jan 2025.

Lawatan selama dua hari ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan JPA Bahagian Gaji dan Elaun, Dr Nor Azlin Mohammad Shamsudin bagi memastikan pematuhan dasar kerajaan di samping meningkatkan kecekapan operasi pasukan elit ini.

Program dimulakan dengan penyampaian taklimat konsep demonstrasi bagi memberi gambaran keseluruhan mengenai aktiviti dan keupayaan pasukan.

Pada sebelah malam, delegasi dibawa ke Blok Tempur Jarak Dekat (TJD) untuk menyaksikan demonstrasi Building Option yang mempamerkan keupayaan taktikal anggota 21 GGK selain berpeluang merasai pengalaman latihan menembak di Lapang Sasar Tertutup 600 Meter.

Pada hari seterusnya, delegasi dipersembahkan demonstrasi penyusupan pasukan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) di Perairan Teluk Murau yang mana melibatkan operasi menggunakan kanu serta terjun bebas dari pesawat EC 725 dan C-130 sekali gus mempamerkan keupayaan strategik 21 GGK dalam pelbagai persekitaran.

Lawatan diteruskan ke Compass Swing untuk sesi taklimat dan demonstrasi Plane Option yang memberi fokus kepada keupayaan navigasi serta latihan taktikal pasukan.

Delegasi kemudian menuju ke Lapang Sasar 600 Meter dimana demonstrasi Hybrid Shooting Training dilaksanakan termasuk latihan menembak asas, lanjutan dan keupayaan penembak tepat.

Lawatan ini jelas membuktikan usaha berterusan pihak kerajaan dalam memastikan kecemerlangan unit elit seperti 21 GGK selaras dengan matlamat untuk mempertahankan kedaulatan negara secara efektif.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online