Semasa

ATM Terima Sumbangan Aidilfitri RM 1.96 Juta

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Wisma Pertahanan pada 20 Mac 2025.

Beliau diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Datuk Hj Mohd Nizam Hj Jaffar dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Mej Jen Dato’ Ts Reizal Arif Tan Sri Ismail dalam majlis yang menyaksikan sebanyak 74 syarikat dan badan korporat tampil menghulurkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan anggota dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

ATM telah menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM 1.96 juta terdiri daripada RM 1,777,500 dalam bentuk kewangan serta sumbangan barangan bernilai RM 178,920.

Sumbangan ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan sektor korporat terhadap kebajikan warga ATM, malah mengukuhkan semangat kesetiaan dan penghargaan terhadap jasa mereka.

Sebagai simbolik kepada sumbangan ini, MENHAN turut merasmikan gimik pelancaran beg raya sebelum menyampaikan beg berkenaan kepada PAT dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Halim Ali, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Gambar: Kpl Mohammad Shukri Suhaimi, LKpl Muhammad Nor Akram Halib & Pbt Muhammad Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online