Bersama PemimpinLawatan

PTD Hargai Pengorbanan Anggota Bertugas Sempena Aidilfitri

KELANTAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan berkesempatan mengadakan lawatan sempena Aidilfitri ke atas pegawai dan anggota yang beroperasi di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) sektor Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) pada 7 Apr 2025.

Dalam lawatan ini, PTD meluangkan masa menyantuni serta mengagihkan Sumbangan Hari Raya sebagai tanda penghargaan kepada warga Tentera Darat yang sedang bertugas dalam operasi tersebut.

Lawatan seumpama ini bukan sahaja menyuntik semangat dan moral anggota yang bertugas, malah menjadi simbol pengiktirafan kepada mereka dalam memastikan sempadan negara sentiasa terpelihara daripada ancaman luar.

Tentera Darat akan terus memastikan kesejahteraan anggota dan keberkesanan operasi dengan berpegang teguh pada prinsip duty, honour and sacrifice.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Faridhulathroth Hj Hashim.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir dan Pbt Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online