KUALA LUMPUR: Seramai 86 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran I (PW I) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 18 Apr 2025.
PTD mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di atas kenaikan pangkat ini yang merupakan satu pengiktirafan tertinggi di atas jasa dan sumbangan serta komitmen tidak berbelah bagi sepanjang berkhidmat di dalam Tentera Darat (TD).
“PTTK dianggap sebagai Tulang Belakang kepada organisasi tidak kira pada peringkat pemerintahan mahupun di dalam TD dan pangkat ini boleh menjadi lambang kegemilangan”, tegas beliau.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.