PERLIS: Seramai 28 pegawai dan 443 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Renjer Diraja (RRD) terlibat dalam Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Renjer Diraja sempena Sambutan Sembutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Perlis Tahun 2025 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 26 Apr 2025.
Istiadat perbarisan ini berkonsepkan perbarisan berjalan lalu dengan mengarak sembilan panji-panji Rejimen Renjer Diraja dan diiringi alunan lagu-lagu dari Pancaragam Gabungan Rejimen Renjer Diraja.
Seterusnya, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis berkenan mengurniakan cenderahati kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Istiadat ini merupakan pertama kalinya digabungkan sempena pemerintahan Tuanku Raja Perlis
Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Tuan Rus’sele Eizan, Setiausaha Kerajan Negeri Perlis, Dato’ Rahimi Ismail, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja, Brig Jen Shamshor Hj Jaafar.
Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan