Bersama PemimpinSemasa

Serah Terima Tugas AKS P&P dan IJ TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P) di antara Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Mej Jen Hj Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid di Bilik Mesyuarat Cawangan Sumber Manusia pada 20 Jun 2025.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara Serah Terima Tugas Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJ TD) di antara Mej Jen Hj Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid dan Brig Jen Mohd Sobirin Hj Mohd Yusof disaksikan oleh Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar yang telah mengambil alih jawatan sebagai Ketua Staf Tentera Darat pada 28 Mei 2025 bagi menggantikan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan yang bersara daripada perkhidmatan.

Simbolik kedua-dua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan pertukaran nota tersebut.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online