Bersama PemimpinSemasa

24 Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 24 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 4 Jul 2025.

Mendahului senarai dua pegawai kanan berpangkat Brig Jen dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Abdul Karim Ahmad yang menjawat jawatan sebagai Komandan, Maktab Ketahanan Nasional manakala Brig Jen Mohd Sobirin Hj Mohd Yusof menjawat jawatan sebagai Inspektor Jeneral, Bahagian Inspektorat TD.

Majlis diteruskan dengan seorang pegawai dinaikkan pangkat Brig Jen, tujuh pegawai dinaikkan ke pangkat Kol dan 14 pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol.

PTD mengucapkan tahniah kepada pegawai yang dinaikkan pangkat serta mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini hadir bersama amanah yang lebih besar.

Selain itu, beliau turut menyeru semua pegawai agar terus mengekalkan disiplin, integriti dan kesetiaan dalam setiap penugasan yang diberi demi kecemerlangan berterusan ATM sebagai sebuah ketumbukan yang hebat.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

Gambar: LKpl Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online