Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

TD Iktiraf 32 Pegawai Cemerlang Akademik

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan berbesar hati menyempurnakan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengajian Tinggi kepada 32 pegawai Tentera Darat (TD) bertempat di Wisma Perwira TD pada 4 Jul 2025.

Majlis ini diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang pegawai-pegawai TD yang telah berjaya menamatkan pengajian tinggi dengan keputusan membanggakan, sekali gus mengharumkan nama organisasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antara penerima utama ialah Lt Kol Irwan Ismail (RAMD) yang menamatkan pengajian MBA di UNIRAZAK dengan PNGK 3.98 dan menerima Best Student Award; Lt Kol (Dr) Nur Hidayah Shamsudin (KKD) yang menerima Best Oral Presentation dalam bidang berkaitan COVID-19; serta Lt Kol Azman Abdul Talib (KPD) yang menamatkan pengajian di RMIT University, Australia dan meraih lima anugerah antarabangsa.

Turut menerima penghargaan ialah pegawai dari pelbagai bidang seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, pergigian, pendidikan, dan sains sosial yang bukan sahaja membawa pulang ijazah, malah kembali bertugas dengan ilmu dan kemahiran yang mampu menyumbang kepada organisasi.

Beberapa pegawai turut menerima sijil penghargaan bagi keputusan cemerlang (PNGK 3.90 ke atas), antaranya Kol Gopalan Balam (KPTD), Lt Kol Dr Siti Haizam Mohd Zin (Kor Pendidikan) serta Mej Shahrizan Musa dan Mej Mohd Hidayat Mohd Darunai (RAMD).

Pegawai wanita turut menyerlah dalam bidang masing-masing termasuk Mej Asmalina Fiona Ahshari (RAJD) dalam Cyber Security dan Mej Nur ‘Izzati Madzrib (KRD) dalam ASEAN Studies.

Mereka merupakan cerminan kepada semangat gigih dan kesungguhan warga TD dalam mengejar ilmu pengetahuan walaupun terikat dengan tanggungjawab tugas serta peranan dalam pertahanan negara.

Majlis ini bukan sekadar platform untuk mengiktiraf pencapaian individu, malah menjadi pemangkin kepada budaya kecemerlangan dalam kalangan warga tentera.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

Gambar: LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online