Bersama PemimpinTentera Bersama Rakyat

MENHAN Rasmi Karnival CIMIC Sempena Hari ATM Ke-92

PAHANG: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan perasmian Pembukaan Karnival Civil Military Cooperation (CIMIC) Kerjasama Awam Tentera sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-92 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan pada 20 Sep 2025.

Ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar lalu menyaksikan demonstrasi dinamik yang menggabungkan kekuatan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM bersama pasukan khas.

Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan Pasukan Kawad Senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menampilkan 34 anggota mempamerkan aksi penuh disiplin melalui pergerakan kaki yang melangkah dan tangan menghayun senjata berpusing tanpa sebarang arahan suara.

Dalam majlis tersebut, MENHAN turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kotak rezeki berupa barangan keperluan dapur bernilai RM150 kepada tiga penerima terpilih di bawah skim bantuan, masing-masing mewakili keluarga yang mempunyai anak istimewa (OKU), masalah kesihatan kronik serta tanggungan anak melebihi lima orang.

Selain itu, beliau juga merasmikan Pelancaran PERWIRA Super App iaitu sebuah inisiatif digital yang menghubungkan warga pertahanan dengan pelbagai perkhidmatan, ganjaran dan kemudahan di hujung jari.

Kemeriahan karnival dilengkapkan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai keseluruhan RM30,000 serta pelbagai reruai pameran yang disediakan untuk pengunjung.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan Aris TUDM.

Gambar: LKpl Muhammad Nor Akram Halib, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online