MK Latihan & DoktrinSemasaTrup TD

Hamad Tiger Siri 2/25 Tingkatkan Kepakaran Green Beret

PAHANG: Keberanian dan kepakaran anggota 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) terus diasah menerusi Eksesais Hamad Tiger Siri 2/2025 yang menyaksikan Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Ahmad Suhaimi Mat Wajab turut melaksanakan Latihan Friendship Jump dalam kategori Static dan Freefall bersama Bahrain’s Royal Guard Defence Forces di Pangkalan Udara Kuantan pada 16 Okt 2025.

Eksesais yang melibatkan seramai 200 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini merupakan latihan bilateral tahunan yang diterajui oleh 21 GGK bersama Bahrain’s Royal Guard Defence Forces untuk mengukuhkan hubungan pertahanan serta pertukaran kepakaran taktikal antara kedua-dua pasukan elit tersebut.

Selain mengeratkan kerjasama strategik, latihan ini turut menjadi platform peningkatan kepakaran dan kesiapsiagaan tempur bagi semua anggota 21 GGK melibatkan Green Beret dan Non-Green Beret dalam usaha mempertingkat kecekapan serta ketahanan fizikal dan mental untuk pelaksanaan operasi khas.

Penganjuran eksesais ini membuktikan komitmen berterusan 21 GGK dalam memastikan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme setiap anggotanya kekal berada di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang bentuk pengoperasian dari semasa ke semasa.

Turut hadir, Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Samsyawal Muhammad dan Ketua Staf Perkhidmatan MK 21 GGK, Brig Jen Mohd Musyadi Abdul Mutalib.

Gambar: LKpl Muhammad Akram Halib & LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online