Semasa

Forum Perdana TD Bertemakan Pengorbanan Tidak Bertepi, Nyawa Sebagai Taruhan

MELAKA: Markas 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) menganjurkan Forum Perdana Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2025 yang membawakan tema Pengorbanan Tidak Bertepi, Nyawa Sebagai Taruhan diserikan lagi dengan kehadiran Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Sri Hjh Hartiah Hamzah bertempat di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak pada 28 Okt 2025.

Program ini merupakan inisiatif TD yang signifikan dalam menyuntik ilmu, semangat dan kesedaran kepada warga TD, ahli BAKAT dan orang awam sekitar bagi menyemarakkan semangat keagamaan serta memperkukuhkan nilai-nilai moral sesama insan.

Forum kali ini menampilkan tokoh-tokoh tersohor seperti Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud selaku moderator bersama panel jemputan Mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Ketujuh, Mej Jen Dato’ Hj Nawawi Hj Daud (Bersara), Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan dan Ustaz Mohd Elyas Ismail yang berkongsi pandangan serta pengalaman erti sebenar perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan dalam konteks seorang perajurit sejati.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penyeramah dan acara bergambar sebelum diteruskan dengan jamuan makan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

Gambar: Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online