Bersama PemimpinLatihanLawatan

Sultan Terengganu Cemar Duli Uji Keupayaan Aset Armor TD

NEGERI SEMBILAN: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Kor Armor Diraja (Kol YDP KAD) berkenan mencemar duli melaksanakan Latihan Pemanduan dan Menembak melibatkan Kereta Kebal PENDEKAR serta Kereta Perisai GEMPITA di Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 18 Nov 2025.

Acara yang turut diiringi Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja dimulakan dengan taklimat pemanduan aset tempur PENDEKAR yang disampaikan oleh Pengarah KAD, Brig Jen Dato’ Mohd Fazly Mat Said sebelum disusuli dengan sesi pemanduan Kereta Kebal PENDEKAR dari Pos 1 ke Tapak G20.

Seterusnya, taklimat pemanduan Kereta Perisai GEMPITA diadakan di Pos 1 diikuti dengan aktiviti pemanduan GEMPITA dari Pos 1 hingga ke Pos Pemerhati 3.

Acara diteruskan lagi dengan sesi taklimat serta demonstrasi tembakan PENDEKAR dan GEMPITA, sebelum baginda melaksanakan Tembakan VVIP menggunakan kedua-dua platform tempur tersebut.

Program diteruskan dengan sesi bergambar sebelum baginda berangkat ke Wisma Perwira 11 KAD untuk santapan tengahari, penyampaian cendera kenangan serta menandatangani buku lawatan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Pengerusi KAD, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Muhammad Nor Akram Halib

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online