Bersama PemimpinMisi Pengaman

Kontinjen MALBATT 850-12 Dibubarkan

NEGERI SEMBILAN: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar menegaskan bahawa pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 bukan sekadar menandakan tamatnya penugasan, malah menjadi noktah penuh makna terhadap pengorbanan dan komitmen setiap warga yang menggalas amanah misi pengaman di Lubnan.

“Di hadapan saya ini berdiri para perwira dan wirawati negara yang telah mengharumkan nama Malaysia, di mana setiap langkah saudara dan saudari di bumi Lubnan menjadi cerminan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

“Pelbagai cabaran seperti ancaman keselamatan, tekanan emosi dan kerinduan terhadap keluarga telah saudara dan saudari tempuhi, namun kalian tetap teguh melaksanakan tanggungjawab,” ujar PAT.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Kontinjen MALBATT 850-12 yang melibatkan seramai 82 pegawai, 770 anggota LLP ATM serta 26 anggota ABDB bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 4 Dis 2025.

MALBATT 850-12 yang diketuai Kol Johan Effendi Hj Mohd Shalleh telah melaksanakan operasi selama 12 bulan di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

PAT menyifatkan kontinjen ini antara yang paling cemerlang dihantar ATM, sementara kerjasama rapat bersama ABDB turut memperkukuh kredibiliti serta ketumbukan pasukan.

Penglibatan ATM dan ABDB dalam UNIFIL adalah komitmen berterusan kedua-dua negara dalam menyokong pelaksanaan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kontinjen MALBATT 850-12 diaturgerakkan pada 6 Nov 2024 dan kembali ke tanah air pada 18 Nov 2025 sebelum menyerahkan tugas kepada MALBATT 850-13 pada 15 Nov 2025.

Pada majlis tersebut, tujuh pegawai dan seorang anggota LLP menerima Pingat PNBB sebagai pengiktirafan PBB atas komitmen serta prestasi cemerlang mereka sepanjang bertugas.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis Abd Karim TUDM, Ketua Staf ATM, Lt Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman dan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Pahlawan Zahani Hj Zainal Abidin TUDM.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Rjr Khairul Husaini Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online