Semasa

Eks Harimau Shakti 6/2025 Perkukuh Kerjasama TDM-TDI

RAJASTHAN, INDIA : Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat India (TDI) memperkukuhkan kerjasama strategik menerusi Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2025 yang telah membuka tirainya dengan perbarisan pembukaan di Grand Stand, Chidasar Training Area pada 5 Dis 2025.

Upacara pembukaan disempurnakan oleh General Officer Commanding 26th Division, VSM TDI, Maj Gen Ajit M. Yeole dan Malaysian Defence Advisor, Kol Dr Nizlan Mohamed.

Seramai 30 pegawai dan 155 anggota LLP terlibat dalam eksesais ini, melibatkan penyertaan TDM yang terdiri daripada 11 pegawai dan 45 LLP dari Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) serta enam pegawai dan tiga LLP sebagai Tim Pemerhati, manakala TDI pula menurunkan kekuatan 13 pegawai dan 107 LLP.

Eksesais bilateral yang diadakan selama 15 hari ini memberi tumpuan kepada peningkatan interoperability, perkongsian kepakaran taktikal dan memantapkan persefahaman profesional antara kedua-dua angkatan.

Gambar: LtM Riffat Mohd Yusof

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online