Semasa

Eks Harimau Shakti 6/2025 Tamat Dengan Jaya

RAJASTHAN, INDIA: Upacara Penutup Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2025 telah disempurnakan oleh General Officer Commanding (GOC) 26th Indian Infantry Division VSM Tentera Darat India (TDI), Mej Jen Ajeet Mahindera Yeole di Chidasar Training Area, Mahajan Field Firing Range pada 17 Dis 2025.

Kumpulan eksesais Tentera Darat Malaysia (TDM) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), Lt Kol Anwar Saaharatol Mat Kamal yang dianggotai 17 pegawai dan 48 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada 25 RAMD.

Eksesais ini merupakan latihan dua hala antara TDM dan TDI bagi meningkatkan kebolehoperasian bersama dan memperkukuh kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.

Turut hadir memberikan ucapan 19th Indian Brigade Commander, Brig Kumar Anand dan Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Brig Jen Dato’ Pahlawan Safwan @ Asri Ismail.

Panglima 11 Bgd merakamkan ucapan tahniah atas kesungguhan semua anggota serta penghargaan kepada TDI atas penganjuran dan kerjasama erat sepanjang eksesais berlangsung.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online