KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Tentera Darat yang berlangsung di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 28 Jan 2026.
Acara dimulakan dengan Serah Terima Tugas jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) yang menyaksikan Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Lt Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Serah Terima Tugas Panglima Logistik TD di antara Mej Jen Ts. Dato’ Muhammad Shafiq Poh Abdullah dengan Mej Jen Dato’ Abd Hafiz Ahmad.
Seterusnya, jawatan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM) telah diserahkan oleh Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap kepada Mej Jen Dato’ Azudin Hassan.
Turut diadakan ialah Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Logistik di antara Mej Jen Dato’ Abd Hafiz Ahmad dengan Brig Jen Logistik Muzafar Shah Mosam Shah sebagai penyandang baharu.
Majlis turut menyaksikan Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Perkhidmatan Am (KPA) antara Brig Jen Zulkifle Hashim yang menyerahkan tugas kepada Brig Jen Dato’ Zamzuri Harun sebagai peneraju KPA yang baharu.
Selain itu, Serah Terima Tugas Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) turut diadakan, menyaksikan Brig Jen Logistik Muzafar Shah Mosam Shah menyerahkan tugas kepada Brig Jen Azraf Omar sebagai Pengarah KPD yang baharu.
Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan, Pbt Amir Hamzah Mohd Yusri & Pbt Muhammad Shamil Haikal Mohd Yusoff

