Tag: 18 RAMD

  • Kompeni Bantuan (Para) Melaksanakan Latihan Tembakan Senjata Bantuan Langsung

    NEGERI SEMBILAN: Seramai empat pegawai dan 87 anggota Lain-Lain Pangkat Kompeni Bantuan (Para) itelah melaksanakan latihan menembak senjata bantuan langsung yang melibatkan anggota dari Platun Senjata Berat dan Platun Anti Kereta Kebal di Gemas.

    Latihan ini merupakan latihan tahunan yang dirancang oleh Formasi 10 Bgd Para yang melibatkan Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) dan Kompeni Bantuan (Para) bermula dari 11 Dis 2017 hingga 14 Dis 2017.

    Latihan ini telah mencapai objektif iaitu memperkasakan kemahiran pengendalian senjata berat dan anti kereta kebal, melaksanakan aturgerak senjata bantuan di dalam fasa defensif dan ofensif, melatih ketua detasmen di dalam menyokong perancangan atur gerak di peringkat batalion dan kompeni.

  • 41 Tamat Kursus TTS

    KEDAH: Seramai 41 penuntut kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) berjaya menamatkan kursus dalam Majlis Penutup Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri 4/2017 yang disempurnakan oleh Ketua Staf 6 BGD, Lt Kol Mohd Yusoff Nor bertempat di Padang TTS Kompeni Keenam Kor Polis Tentara Diraja (6 KPTD), Kem Lapangan Terbang Sungai Petani pada 14 Nov 2017.

    Dalam majlis tersebut Ketua Staf 6 Bgd telah menyampaikan anugerah kepada Penuntut Keseluruhan Terbaik yang disandang oleh Kpl Mohd Ismail Mohd Nor dari pasukan 18 RAMD (PARA), Penuntut Jasmani Terbaik disandang oleh Pbt Bruce Mined dari pasukan 72 Bn KPD dan Penuntut Ketabahan Terbaik disandang oleh Sig Mohamad Azfarhan Mohd Azman dari pasukan 6 SSD.

     

  • 18 RAMD (Para) Selamatkan Warga PLKN Cenderawasih Chador Terputus Hubungan

    TERENGGANU: Seramai 160 warga Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cenderawasih Chador, Marang termasuk 95 pelatih diselamatkan selepas kawasan kem terbabit terputus hubungan pada 28 Nov 17 berikutan jalan utamanya dinaiki air setinggi satu meter.

    Berikutan keadaan itu, bantuan anggota dan logistik dari 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD (Para)) telah dikerahkan ke lokasi bagi membantu pemindahan mangsa banjir tersebut.

    18 RAMD (Para) juga mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam misi bantuan tersebut.

  • Perbarisan Pemakaian Beret Merun 10 Bgd (Para)

    TERENGGANU: Seramai 45 anggota 18 RAMD (Para) telah dianugerahkan beret merun oleh Panglima 10 Bgd (Para) pada 16 Jun 2017 di Kuala Nerus. Mereka merupakan anggota yang telah berjaya menamatkan kursus Asas Payung Terjun (APT) dan juga Kursus Asas Penyesuaian Aturgerak Cepat (APAC) pada tahun 2017.

    Dalam perbarisan tersebut, Panglima 10 Bgd (Para) juga telah menyampaikan sumbangan Ihya Ramadhan kepada Masjid Al Ansar Kem Seri Pantai untuk pengurusan masjid ketika bulan Ramadhan.

    Beliau mengingatkan anggota yang bertugas agar bertugas dengan ikhlas dan mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam menjaga keselamatan kem. Kepada yang akan bercuti, Panglima 10 Bgd (Para) juga mengingatkan agar sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya dan merancang pergerakan ketika musim perayaan.

    Gambar: MK 10 Bgd Para

    [jaw_gallery gallery=”10703,10704,10705,10706,10707,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • 18 RAMD (Para) Cipta Sejarah

    TERENGGANU: Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya sejumlah 140 penerjun terdiri daripada pegawai dan Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para)) telah diterjunkan semasa Eksesais Tiger Leap Siri 3/2017 – Lion Warrior Siri 1/2017 di Kuala Besut, Terengganu pada 27 Apr 2017 yang lalu.

    2 buah pesawat C130 Hercules digunakan dalam latihan tersebut dan merupakan penerjunan pertama sejak ditransformasi dari Batalion Infantri Standard (BIS) menjadi Batalion Infantri Para pada 10 Sept 15. Eksesais secara bersama ini yang merupakan satu eksesais penerjunan statik dan berjaya dijalankan mengikut sequence of events (SOE) yang telah digarap terlebih dahulu dengan penuh teliti tanpa sebarang kecederaan.

    Eksesais ini turut menyaksikan Pegawai Memerintah, Lt Kol Din Izuan bin Mahar Afandi terjun bersama-sama pegawai dan anggota seterusnya merasmikan upacara penutup eksesais tersebut.

  • PTD Lawat 18 RAMD Para

    TERENGGANU: Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) menerima Lawatan Kerja daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim diiringi Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Lt Kol Din Izuan Mahar Affandi di Seberang Takir pada 16 Jan 2016.

    Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri tapak projek Army Care yang merupakan projek penaiktarafan kediaman dan juga kemudahan kem yang sedia ada untuk memberikan keselesaan kepada anggota selain turut beramah mesra bersama warga 18 RAMD (Para).

    Dalam ucapan PTD beliau menasihatkan kepada warga 18 RAMD (Para) agar bersyukur serta menghargai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dengan cara memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TD serta masyarakat kerana TD secara amnya adalah contoh terbaik kepada ATM.

    “Sesungguhnya masyarakat sekitar memandang tinggi dan mulia segala bakti dan jasa TD semasa OP Murni lepas selain bantuan yang dihulurkan TD melalui Projek Jiwa Murni,” kata PTD.

    Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Mat Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.