Tag: Dewan Zulkifeli Zin

  • Pemakaian Pangkat Tanda Amanah Lebih Besar – PTD

    Pemakaian Pangkat Tanda Amanah Lebih Besar – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengingatkan para pegawai yang dinaikkan pangkat agar melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab kerana semakin tinggi pangkat, semakin besar beban tugas harus dipikul.

    Menurut beliau, pemakaian pangkat ini bukan sekadar simbol tradisi ketenteraan tetapi menandakan bahawa seseorang pegawai kini memikul tanggungjawab yang lebih besar.

    “Bayangkan sebuah organisasi bukan sahaja ampuh di medan tempur, tetapi juga cekap menguasai teknologi moden serta tajam daya pemikiran anggotanya.

    “Setiap keputusan yang anda buat, setiap arahan yang diberikan adalah langkah untuk membina sebuah institusi yang bukan sahaja dihormati, tetapi juga menjadi inspirasi kepada setiap lapisan pemerintahan,” tegas PTD dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 18 Sep 2025.

    Dalam nada yang sama, PTD turut mengingatkan Pegawai Tauliah Kehormat dan Sukarela bahawa pangkat yang dianugerahkan bukanlah sekadar penghias seragam, sebaliknya menjadi tanggungjawab yang mesti dipikul apabila negara memerlukan khidmat mereka.

    Majlis tersebut menyaksikan seramai 36 pegawai dinaikkan pangkat didahului dengan pemakaian pangkat Brig Jen melibatkan enam pegawai iaitu Kol Mohd Adlan Adnan yang kini menyandang jawatan Ketua Jabatan Farmasi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM).

    Pegawai lain yang turut dinaikkan ke pangkat Brig Jen adalah Kol (Dr) Siti Zulaili Zulkepli yang menjawat jawatan sebagai Pakar ENT di 96 HAT diikuti Kol (Dr) Che Hasnura Che Hassan menjawat jawatan sebagai Pakar O&G/Ketua Jabatan HAT TM, Kol (Dr) Saiful Anuar Ju@Ju Ahmad menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan di MK PMTTD dan Kol Sukcha Din Tawan menjawat jawatan Inspektorat Jeneral Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) manakala Kol Hj Ridzwan Shoib dinaikkan pangkat Brig Jen (Sukarela).

    Selain itu, seramai 12 pegawai dinaikkan ke pangkat Kol termasuk Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman yang dianugerahkan Tauliah Kol Kehormat.

    Majlis berkenaan juga menyaksikan seorang pegawai dipakaikan pangkat Mej (Sukarela), dua pegawai dianugerahkan Tauliah Mej Kehormat dan 15 pegawai lain dinaikkan ke pangkat Lt M untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di HAT TM serta 96 HAT.

    Turut hadir, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh.

    Gambar : Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

    situs slot

    slot gacor hari ini

    situs slot

    slot gacor

    situs slot gacor

    situs togel

    link slot

    situs slot gacor

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) melibatkan seramai 34 pegawai kanan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 22 Feb 2023.

    Majlis didahului dengan pemakaian pangkat Brig Jen melibatkan Kol Mohd Zaini Hashim berkuatkuasa pada 13 Feb 2023 dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Arah Infantri, Markas Tentera Darat.

    Seramai tujuh pegawai dinaikkan ke pangkat Kol, tiga pegawai dianugerahkan Tauliah Kehormat Kol, 21 pegawai dinaikkan ke pangkat Lt Kol serta dua pegawai dipakaikan pangkat Lt Kol (Sukarela).

    Majlis kemudian diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas yang menyaksikan Brig Jen Asri Shukor menyerahkan tugas kepada Brig Jen Mohd Zaini Hashim selaku Pengarah Infantri baharu.

    PTD mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat serta berpesan untuk menjadi seorang pemimpin yang sentiasa menyuruh dan melakukan kebaikan agar dapat dicontohi oleh orang bawahan.

    Beliau turut menjelaskan berkenaan pengekalan tema Hari Tentera Darat Ke-90 yang memfokuskan soal kebajikan warga TD bagi menjamin produktiviti dan kompetensi warga TD.

    Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

  • Kenaikan Pangkat Hadir Bersama Tanggungjawab Lebih Besar – PTD

    Kenaikan Pangkat Hadir Bersama Tanggungjawab Lebih Besar – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menjelaskan mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini hadir bersama tanggungjawab yang jauh lebih besar dan kegagalan memikul amanah bukan hanya membawa implikasi buruk terhadap diri sendiri tetapi juga kepada organisasi Tentera Darat (TD).

    “Anugerah pangkat ini sebagai dorongan untuk mereka yang dinaikkan pangkat memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam jawatan baharu yang akan disandang kelak yang mana anda semua perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas serta laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab, taat setia, jujur dan berintegriti.

    “Jadikan nilai-nilai murni sebagai pegangan yang akan menjamin kecemerlangan kerjaya saudara dan saudari pada masa hadapan,” jelas PTD ketika ucapannya dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan, Pegawai Senarai Tugas Khas (STK) dan Pegawai Kadet Luar Negara Tentera Darat (TD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 28 Apr 2021.

    Tambahnya lagi, apa yang diperolehi hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan daripada pasangan dan ahli keluarga yang turut sama berkorban masa, tenaga serta perhatian demi memastikan saudara dan saudari dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugas.

    “Suka saya nasihatkan agar detik kejayaan ini dirai bersama  yang tersayang kerana mereka berhak merasa bangga dengan kejayaan saudara dan saudari,” ujarnya.

    Terdahulu dari itu. PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada 45 pegawai kanan TD dimulai dengan Mej Jen Dato’ Hashim Aman Shah dan Mej Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh yang dinaikkan pangkat Lt Jen.

    Selain itu dua pegawai kanan dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ (Dr) Mohammad Amirrudin Hamdan dan Brig Jen Hamzah Ali manakala dua pegawai kanan dinaikkan pangkat Brig Jen, tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol, 35 pegawai kanan dinaikkan pangkat Lt Kol, seorang pegawai dinaikkan pangkat Mej, 10 pegawai STK dinaikkan pangkat Lt M dan empat pegawai Kadet Luar Negara dinaikkan pangkat Lt M.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman,  Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Sjn Saiful Fazley Rusli

     

  • Tanggungjawab Baharu Buat Mej Jen Dato’ Hashim Aman Shah Dan Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Ismail

    Tanggungjawab Baharu Buat Mej Jen Dato’ Hashim Aman Shah Dan Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Ismail

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyaksikan Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Tentera Darat yang diadakan di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 2 Apr 2021.

    Acara dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Sempadan (RS), Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abdul Rahman yang akan menamatkan perkhidmatannya dan menyerahkan tugas kepada Mej Jen Dato’ Hashim Aman Shah selaku Pengerusi RS Keempat.

    Seterusnya, Serah Menyerah Tugas AKS OPLAT diantara Brig Jen Mohd Azhar Abdul Latif selaku pemangku menyerahkan tugasnya kepada Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Ismail.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman serta pegawai-pegawai kanan Markas Tentera Darat.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Beri Khidmat Bakti Yang Terbaik – PTD

    Beri Khidmat Bakti Yang Terbaik – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyeru kepada semua pegawai kanan yang dinaikkan pangkat untuk sentiasa berusaha memberikan khidmat bakti yang terbaik dengan penuh kejujuran keikhlasan dan  kesungguhan yang tinggi.

    Beliau juga mengingatkan agar gunakanlah pengalaman dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan supaya ianya dapat membawa kebaikan dan kesan yang signifikan kepada Tentera Darat (TD).

    “Kegagalan memikul amanah yang diberi pastinya akan membawa kesan yang buruk kepada diri saudara dan saudari serta kepada TD secara keseluruhannya.

    “Dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai pemimpin, saudara dan saudari perlu memiliki keberanian untuk membuat keputusan yang kritikal dengan pantas dan tepat,” jelas PTD semasa ucapannya dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 2 Apr 2021.

    Tambahnya lagi, beliau percaya mereka yang dinaikkan pangkat memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang kepakaran masing-masing, namun keupayaan mengambil keputusan yang tepat adalah bergantung kepada kebijaksanaan dalam menilai keadaan dan membuat pertimbangan yang bernas.

    Menurut PTD pemimpin yang adil pasti akan menerima rahmat di hari kebangkitan nanti serta menyeru mereka berlaku adil terhadap semua dan jangan mengamalkan favouritism dan perbuatan pilih kasih.

    Sementara itu dalam ucapan balas Asisten Ketua Staf Perisikan, Lt Jen Dato’ Rezil Shahidin yang mewakili semua pegawai kanan yang dinaikkan pangkat mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan TD, khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), amnya atas restu yang membolehkan mereka melangkah setingkat lagi dalam kerjaya.

    “Sesungguhnya, kami amat bersyukur atas rezeki ini yang datangnya tidak semudah itu kerana liku-liku dan dugaan yang kami tempuhi untuk mencapai ke tahap ini adalah berbeza-beza bagi setiap pegawai.

    “Kenaikkan pangkat ini bukan sekadar satu ganjaran, tetapi lebih kepada melambangkan kepercayaan dan keyakinan pucuk pimpinan TD yang perlu  kami jaga dan  kami berazam untuk terus memberi yang terbaik demi negara dan perkhidmatan yang tercinta khususnya TD,” jelas AKS Perisikan.

    Beliau juga mengatakan kudrat semata-mata tidak mampu menepati sasaran tugas atau menongkah arus perkhidmatan sebaliknya kejayaan mereka hari ini adalah berkat hasil sokongan dan bantuan padu semua pihak.

    Terdahulu dari itu PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada 47 pegawai kanan TD dimulai dengan Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin yang dinaikkan pangkat Lt Jen dan kekal menjawat jawatan AKS Perisikan.

    Selain itu dua pegawai kanan dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Abdul Aziz Ismail dan Brig Jen Dr. Kwong Fook Wen manakala enam pegawai kanan dinaikkan pangkat Brig Jen, 10 pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol dan 28 pegawai kanan dinaikkan pangkat Lt Kol.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman,  Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul