PersonalitiSudut Inspirasi

Infantri Beralih Ke Agro Pelancongan – Mej Muhammad Zuliadi Mail (Bersara)

Jika ditanya kepada setiap individu, apakah impian dan harapan dalam dunia perniagaan sudah tentu jawapannya adalah ingin terus maju tanpa mengalami sebarang kegagalan. Namun realiti tidak selalunya indah seperti apa yang diimpikan. Ada kalanya perniagaan yang dibina musnah di tengah jalan serta hutang pula keliling pinggang dan peritnya untuk bangun semula membina kejayaan itu adalah pengalaman yang tidak dapat dibeli. Ianya dapat menjadikan seseorang itu bersemangat untuk kembali berjaya berdasarkan pengalaman yang di alami. Itulah semangat yang dimiliki oleh Mej Muhammad Zuliadi Mail (B), 46, seorang pengusaha ladang ternakan rusa di Ladang Ternakan Rusa, Kulim, Kedah.

Mej Muhammad Zuliadi Mail (B) dilahirkan di Kelantan dan menceburi bidang ketenteraan pada tahun Ogos 1995 dengan mengikuti latihan Pegawai Kadet di Ulu Tiram, Johor sehingga tamat latihan serta ditauliahkan pada Sep 1996 dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Unit pertamanya adalah 6 RAMD yang ketika itu berpangkalan di Sabah dan beliau memilih untuk berkhidmat selama 21 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada tahun 2016.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mazidah Kasim dan dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan. Pengalaman dalam ketenteraaan banyak mengajar beliau untuk berdikari dan berusaha dalam mencapai segala keinginan serta menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan dalam mencari rezeki.

Mej Muhammad Zuliadi Mail (B) mengakui kehidupan dahulu semasa masih berkhidmat dalam ATM amat berbeza dengan keadaan sekarang kerana dunia ketenteraan penuh dengan disiplin yang membentuk keperibadian seseorang. Tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya melainkan kita berusaha untuk mencapai sebuah kejayaan.

Setiap anggota tentera pasti akan mengalami satu saat yang sukar namun ianya akan menjadi mudah apabila kita berjaya mengatasinya dan jadikan ianya sebagai pengalaman untuk terus berjaya. Jangan mudah mengalah dan menyerah kalah jika tidak mahu terus gagal. Jika diingati semula semuanya telah dipelajari dan diperolehi daripada tentera.

“Askar banyak mengajar tentang erti sebuah kehidupan. Bayangkan daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar masalah semuanya dah diajar cara-cara untuk menyelesaikan. Jadi tak hairanlah jika kita sudah bersara, formula ini masih lagi diguna pakai dalam kehidupan awam,” jelasnya.

Tamat sahaja perkhidmatan dalam ATM, beliau terus memulakan perniagaan ternakan rusa di Kampung Dusun, Kulim. Bermodalkan wang pencen dan simpanannya sebanyak RM240,000 beliau masih lagi mengusahakan ladang ternakan rusa sehingga kini agar ianya dapat menjadi salah satu produk Agro Pelancongan baharu di Kedah. Ladang yang mulanya bertujuan menjual induk dan daging rusa, kini menjadi tumpuan masyarakat setempat dari jauh dan dekat untuk merasai pengalaman berinteraksi serta bermanja dengan haiwan ruminan tersebut. Ini berikutan permintaan orang ramai yang inginkan beliau membuka ladang ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendekati haiwan istimewa ini.

“Jadi, saya mengambil inisiatif menjinakkan semua rusa dengan menggunakan pelbagai teknik sehingga berjaya dan boleh berinteraksi dengan manusia,” ujar Mej Muhammad Zuliadi (B).

Kenapa rusa yang menjadi pilihan? Mendengar sahaja pada namanya sudah cukup membuatkan ramai yang tertarik ini kerana rusa merupakan hidupan liar dan tinggi nilainya di pasaran serta haiwan ini tidak mudah untuk disentuh serta dilihat seperti mana haiwan ternakan yang lain.

Menurut Mej Muhammad Zuliadi (B), ladang ternakan berkeluasan satu hektar itu pada awalnya diusahakan secara perseorangan tanpa pekerja. Beliau sendiri juga tidak mempunyai sebarang pengalaman dan latar belakang dalam bidang ternakan. Pada peringkat permulaan pada tahun 2016 bermula dengan 19 induk rusa, dua jantan dan 17 betina yang dibeli dari Negeri Kelantan, Kedah dan Perak beliau nekad untuk mengusahakannya sehingga berjaya.

Pada awalnya, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa beliau hadapi, termasuklah kekurangan wang perbelanjaan untuk menampung makanan rusa sehari-hari serta beliau juga terpaksa makan dan tidur bersama rusa-rusa miliknya selama lebih kurang setahun. Hasratnya adalah ingin mendalami dan memahami gaya hidup haiwan liar ini.

Beliau memang tidak mempunyai ilmu berkaitan rusa dan tidak tahu cara bagaimana mengendalikan haiwan ini. Namun, demi minat yang mendalam dalam membina kerjaya kedua selepas bersara daripada perkhidmatan, beliau tidak putus semangat untuk terus mendalami ilmu dalam menternak rusa sehinggakan beliau sudah arif tentang apa yang diinginkan oleh rusa dengan hanya mendengarkan bunyi pekikan rusa peliharaannya.

Di masa yang sama, dalam tempoh itu juga walaupun beliau merasakan ianya mustahil untuk menjinakkan rusa tetapi beliau tetap teguhkan pendirian untuk belajar cara-cara menjinakkan rusa yang liar agar lebih rapat dan jinak dengan manusia bagi memudahkan pelawat untuk berkunjung datang ke ladang ternakannya di samping menambahkan lagi minat dalam kalangan pengunjung khususnya golongan kanak-kanak.

Hasil usaha gigih yang dilakukan beliau, kini ladangnya boleh dikategorikan sebagai sebuah ladang untuk melatih dan menjinakkan rusa yang liar dan kepakaran yang ada pada beliau juga turut diakui kerana rusa miliknya amat jinak dan tidak takut dengan manusia serta para pelawat boleh memberi makanan dan boleh bermesra dengan rusa-rusa peliharaannya. Kemahiran dalam menjinakkan rusa yang ada pada beliau juga dapat dibuktikan kerana pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah turut menghantar rusa milik mereka untuk dilatih dan dijinakkan di ladang ini.

Berkat hasil usaha dan dorongan daripada keluarga tercinta serta atas khidmat nasihat daripada rakan-rakan beliau sama ada yang masih berkhidmat dalam ATM mahupun yang sudah bersara, ladang rusa milik Mej Muhammad Zuliadi (B) kini dilihat semakin berkembang dengan bilangan rusa sebanyak 80 ekor dan sedikit sebanyak membuahkan hasil jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. Kini beliau mempunyai seramai tiga orang pekerja tetap dan terdapat juga para pelatih dari IPTA serta PERHEBAT yang berminat untuk menimba ilmu berkenaan penternakan rusa di ladang beliau.

Walau bagaimanapun, dalam usaha dan kegigihan beliau yang sedang berjinak-jinak dalam penternakan rusa beliau turut berhasrat dan bercita-cita untuk membawa bidang ini ke arah lebih jauh yang menjurus kepada Agro Pelancongan kerana di Kulim, Kedah tidak banyak tempat menarik dan boleh dilawati oleh masyarakat setempat. Pada pendapatnya jika apa yang dirancang berjalan dengan lancar maka dapatlah menambahkan kawasan Agro Pelancongan di kawasan Kulim dan dapat menjadikan tarikan baharu dalam bidang pelancongan khususnya pelancong daripada luar negara.

Di samping itu, beliau turut menasihati golongan ATM yang sudah bersara mahupun yang masih berkhidmat agar sentiasa mempunyai perancangan yang betul. Yang masih berkhidmat, teruskanlah ketaatsetiaan kepada pemimpin yang sedia ada dan sentiasa berfikiran positif dalam menjaga kerjaya sebagai seorang anggota tentera. Di masa yang sama beliau turut menyeru kepada golongan ATM yang sudah bersara agar mengadaptasi segala ilmu yang dipelajari semasa berkhidmat kerana pada beliau disiplin yang sudah diterapkan dalam ATM amat membantu dalam menghadapi cabaran dan liku-liku kehidupan bagi meneruskan kelangsungan hidup di dunia luar jika dilaksanakan dengan betul.

Sebelum mengakhiri bicara, beliau mengharapkan dengan berbekalkan semangat yang tinggi dalam menghasilkan produk keluaran bumiputera harapannya supaya ladang ternakan rusa ini boleh pergi lebih jauh dan terus maju jaya serta menasihatkan bakal-bakal pesara ATM dapat menggunakan wang ganjaran perkhidmatan yang diterima nanti dengan cara berhemah. Tambahnya lagi, beliau berharap agar warga tentera yang bakal berpencen mampu menguruskan kehidupan dengan lebih baik dan berjaya. “Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu oleh sesiapa sahaja. Ketika itulah ramai yang akan datang dan ingin meminta bantuan. Gunakanlah duit tersebut dengan sebaik-baiknya. Fikirlah tentang masa hadapan dan keluarga masing-masing,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online