Tag: Hari Raya Aidiladha

  • 2 Div Sempurnakan Ibadah Korban

    PULAU PINANG: Seramai 300 pegawai dan anggota Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) telah melaksanakan ibadah korban bertempat di Surau Kem MK 2 Div pada 4 Sep 2017.

    Acara ibadah korban ini dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar kepada Pegawai Agama 2 Div untuk memulakan penyembelihan.

    Panglima 2 Div turut menyembelih seekor lembu korban dan beliau menegaskan bahawa majlis ibadah korban ini membawa erti kesepaduan antara pegawai dan anggota serta keluarga dan masyarakat dalam proses penyembelihan, lapahan serta penyediaan juadah jamuan.

    Kemeriahan Ibadah korban dapat dirasai apabila dilakukan secara bergotong-royong yang melibatkan warga 2 Div, ahli BAKAT serta orang awam yang hadir. Secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga kariah sekitar Kem Tun Razak.

    Majlis Ibadah Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha ini diadakan pada setiap tahun bagi bersama-sama menyahut seruan dan menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam. Pada tahun ini sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan dari bahagian-bahagian ibadah korban pegawai dan anggota 2 Div serta sumbangan oleh pemimpin tempatan. Daging-daging telah diagihkan oleh Panglima 2 Div, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Ramli Jaafar bersama isteri Datin Hajah Saimah Shafie.

    Turut diadakan jamuan hari raya aidiladha diperkarangan surau MK 2 Div.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12645,12641,12648,12647,12642,12646,12649,12644,12643,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1438H

    NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat telah mengadakan Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat pasukan di Masjid Depot RAMD pada 4 Sep 2017.

    Acara dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan sembelihan haiwan korban dan diikuti dengan pengagihan daging kepada anggota yang beragama Islam selepas majlis tazkirah pendek dan solat zohor.

    [jaw_gallery gallery=”12637,12636,12635,12632,12631,12634,12633,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Majlis Korban Dan Aqiqah

    KEDAH: Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) yang melibatkan semua pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dibawah naungan terlibat dalam Majlis Korban dan Aqiqah yang disempurnakan Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad di Masjid An-Naim pada 4 Sep 2017.

    Acara penyembelihan tiga ekor lembu dan pengagihan daging korban bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga 6 Bgd.

    Turut hadir Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12520,12521,12519,12517,12518,12516,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Ibadah Korban Pupuk Keakraban dalam Kalangan Anggota PULMAT

    PERAK: Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) telah melaksanakan Program Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan simbolik acara penyerahan pisau korban oleh Pegawai Agama Pasukan, Kapten Azlan Shah Ali Mohamad kepada Komandan, Lt Kol Fissol Abd Hadi pada 4 Sep 2017.

    Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam sambutan tersebut dengan penyertaan pegawai serta anggota PULMAT dan ibadah korban initelah memberi ruang untuk mereka menghayati serta mewujudkan keakraban dan kemeriahan melalui gotong-royong sesama warga PULMAT serta ahli BAKAT.

    Sambutan diakhiri dengan jamuan makan secara santai serta pengagihan daging korban kepada semua peringkat anggota.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12612,12607,12606,12616,12610,12608,12611,12609,12613,12615,12614,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Majlis Ibadah Korban Dan Aqiqah

    PERAK: Semua pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat serta kakitangan awam bawah pemerintahan Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Bgd) terlibat dalam Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disempurnakan oleh Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaafar di Surau Al-Faizin pada 4 Sep 2017.

    Sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan melalui penyertaan anggota Kem Remilies dan sumbangan oleh Menteri Besar Perak, MKN Perak, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur Dato’ Azlan dan Dato’ Salimin.

    Suasana kemeriahan ibadah korban dapat dirasai apabila dilakukan secara bergotong royong bermula dengan penyembelihan, memasak dan diakhiri dengan jamuan makan yang melibatkan semua dan program sebegini perlu diadakan setiap tahun kerana secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama umat islam.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12513,12508,12512,12510,12511,12509,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Sambutan Ibadah Korban Peringkat 10 Bgd (Para)

    MELAKA: Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia (Para) telah melaksanakan satu Program korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di 8 RRD (Para) pada 4 Sep 2017. Acara dimulakan dengan penyerahan pisau korban oleh Brigedier Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima 10 Briged (Para) kepada Mejar Ustaz Muhammad Khairil Mazlan, Pegawai Staf 2 Agama Markas 10 Briged (Para).

    Sebanyak 11 ekor lembu telah dikorban melalui penyertaan peg dan anggota 10 Briged (Para) serta sumbangan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan pemimpin setempat. Disamping Penghayatan ibadah korban, suasana kemeriahan & keakraban turut dapat dirasai melalui gotong-royong sesama warga 10 Briged (Para) serta ahli Bakat.

    Sambutan diakhiri dengan jamuan secara santai bersama semua peringkat anggota serta pengagihan daging korban.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12492,12493,12494,12495,12496,12497,12498,12499,12500,12501,12502,12503,12504,12505,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Ekspedisi Kembara Qurban 12 Bgd ke Kampung Orang Asli Rakoh Pos Lenjang Sempena Aidiladha

    PAHANG: Bersempena dengan sambutan Aidiladha 1438H, Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan Program Jiwa Murni Ekspedisi Kembara Qurban di perkampungan orang asli Rakoh, Pos Lenjang, Kuala Lipis pada 4 Sep 2017.

    Program tersebut termasuk pembinaan semula surau Kg Rakoh yang mula dilaksanakan pada 25 Ogos 2017 dengan menggunakan kepakaran anggota tentera dari 12 Bgd bersama unit bantuan 91 RAJD setelah peruntukan kewangan disalurkan oleh pihak JAKIM. Projek pembinaan tersebut dijangka siap pada awal Oktober 2017.

    Perjalanan kembara yang mengambil masa kira-kira 5 jam dari Kem Wardieburn Kuala Lumpur memerlukan persiapan dan perancangan rapi bagi menghadapi keadaan serba kekurangan jauh di pendalaman hutan yang bebas dari pencemaran.

    Program yang dirasmikan oleh Brig Jen Dato’ Mohd Nazri Abidin, Panglima 12 Briged ini dimulakan dengan gimik penyerahan pisau sembelihan tiga ekor lembu korban. Seramai 12 pegawai dan 47 anggota tentera dan 14 orang dari JAKIM diketuai oleh Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM terlibat dalam acara ini. Program ini mendapat sambutan yang positif dari penduduk setempat dimana seramai 250 orang penduduk kampung orang asli Kg Rakoh turut hadir.

    Acara turut dimeriahkan lagi dengan program pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pegawai Perubatan 12 Bgd dan penyerahan sumbangan pakaian oleh Panglima kepada wakil penduduk Kg Rakoh. Perlawanan bola sepak tiga penjuru melibatkan kumpulan 12 Bgd, JAKIM dan penduduk setempat turut diadakan.

    Keberkatan dan hikmah sambutan kembara Aidiladha ini mencapai kemuncak apabila seorang penduduk orang asli Kg Rakoh mengucapkan dua kalimah syahadah memeluk islam pada hari tersebut.

    Program diakhiri dengan penyerahan agihan daging korban dan jamuan makan bersama-sama penduduk setempat.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12678,12673,12671,12672,12674,12675,12677,12679,12676,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Sambutan Hari Raya Aidil Adha dan Ibadah Korban Peringkat 4 Bgd (Mek)

    PAHANG: Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) telah melaksanakan satu program korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang dimulakan dengan solat sunat Aidiladha pada jam 0730 diimamkan oleh Pegawai Agama 4 Bgd (Mek), Mej Ust Mohd Fauzan Md Nor di Surau RKAT Seri Panching pada 1 Sep 2017.

    Pada 2 Sept 17 ibadah korban dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau korban oleh Panglima 4 Briged (Mek),Brig Jen Dato’ Md Din Haji Abu kepada Pegawai Agama MK 4 Bgd (Mek).

    Sebanyak 16 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorban melalui penyertaan anggota 4 Bgd (Mek) dan sumbangan Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri Malaysia yang diketuai oleh Panglima 4 Briged (Mek) sendiri acara sembelihan ini dan suasana kemeriahan ibadah korban dapat dirasai apabila dilakukan secara bergotong-royong yang melibatkan warga 4 Briged (Mek) dan ahli BAKAT, secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam.

    Turut hadir sepanjang majlis ini ialah Ketua Staf Am, Ketua Staf Tadbir dan Pegawai-pegawai Pemerintah di bawah naungan 4 Bgd (Mek) dan isteri.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12475,12484,12487,12474,12478,12485,12481,12486,12477,12473,12489,12479,12476,12480,12483,12488,12482,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Sambutan Hari Raya Aidiladha 18 RAMD Para

    TERENGGANU: Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat 18 RAMD (Para) yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd. Rahman di Perkarangan Tapak Perkhemahan Kem Seri Pantai, 18 RAMD (Para) pada 1 Sep 2017.

    Majlis dimulakan dengan Takbir Raya dan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Ansar.

    Selesai solat acara diteruskan dengan ibadah korban dengan menyembelih tiga ekor lembu sumbangan Menteri Besar Terengganu lalu menyerahkan daging sembelihan kepada Ketua-Ketua Kompeni mewakili anggota-anggota pasukan.

    Menteri Besar turut berterima kasih kepada pasukan diatas segala usaha pemerkasaan komuniti bersama rakyat yang diterapkan oleh pasukan selama ini.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12457,12453,12468,12464,12459,12461,12455,12462,12463,12465,12467,12458,12456,12466,12460,12469,12454,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • 9 Bgd Sambut Hari Raya Aidiladha

    SARAWAK: Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) melaksanakan Program Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan acara dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Mujahid Kem RASCOM diimamkan oleh Pegawai Agama 2 MK 9 Bgd, Mej Shahril Md Saad pada 1 Sep 2017.

    Seterusnya selesai solat program diteruskan dengan ibadah korban dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau korban oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Haji Mustaffa kepada Pegawai Agama 2 MK 9 Bgd.

    Sebanyak dua ekor lembu dan tiga ekor kambing telah dikorban melalui penyertaan anggota 9 Bgd dan penyumbang tempatan.

    Panglima 9 Bgd sendiri telah mengetuai acara sembelihan ini dan suasana kemeriahan ibadah korban dapat dirasai apabila dilakukan secara bergotong-royong yang melibatkan warga 9 Bgd dan ahli BAKAT yang mana secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam.

    Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan makan tengah hari yang dihadiri oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw dan isteri, Panglima 31 Bgd Brig Jen Dato’ Fadzil Tajudin dan isteri bersama seluruh warga 9 Bgd di perkarangan Masjid Mujahid Kem RASCOM.

    Turut hadir sepanjang majlis ini ialah Pegawai-pegawai Pemerintah di bawah naungan 9 Bgd dan isteri.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12443,12445,12440,12446,12447,12441,12442,12444,12448,12449,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]