Tag: HUT 4 DIV

  • MMR Sempena HUT 4 Div Ke-37

    KUALA LUMPUR: Sempena Hari Ulangtahun (HUT) 4 Div yang Ke-37, Wisma Perwira 4 Div telah mengadakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Sg.Besi pada 28 April 2018.

    Seramai 234 orang pegawai dan pasangan telah hadir dalam majlis tersebut dan ketibaan Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi disambut oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran.

    Majlis MMR kali ini juga turut meraikan pegawai yang bertukar keluar daripada 4 Div di mana seramai 23 orang pegawai yang diraikan antaranya ialah Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, Mantan Penolong Pegawai Memerintah 74 Wksp Div, Lt Kol Satian Rong, Penolong Pegawai Memerintah 4 Rej KPTD, Mej Kamarulzaman dan Penolong Pegawai Memerintah 74 Bnn KPD, Mej Mohd Johari Redzuan.

    Turut hadir bersama, Ketua Staf MK 4 Divisyen, Kol Asri Shukor, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed dan Pegawai-Pegawai Memerintah Pasukan 4 Div.

  • Program Kesihatan Sempena HUT 4 Div Ke-37

    KUALA LUMPUR: Seramai 500 warga 4 Div terlibat dalam Program Kesihatan dan Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) 4 Div Ke-37 yang dirasmikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di Dewan Dato’ Othman Harun pada 23 Jan 2018.

    Gimik pelancaran iaitu proses menyedut darah daripada ikon patung berpakaian loreng digital yang terbaring di atas kerusi menderma darah telah dilakonkan sendiri Panglima 4 Div sebagai tanda sokongan dan rasa gembira diatas kesudian warga 4 Div hadir serta menyokong program derma darah tersebut.

    Derma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan serta dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial.

    Selain itu, Bahagian Kesihatan Pergigian juga telah mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi program derma darah dan segala aspek berkaitan gigi dari segi penjagaan, kebersihan dan proses mencantikkan telah diajar.

    Terdahulu dari itu, penyerahan cenderahati kepada wakil Pusat Tabung Darah dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa turut disampaikan selepas perasmian tersebut.

    Turut hadir, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor dan Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Norhayati Usul.

    Oleh: LKpl Khatijah Shahbudin

  • 4 DIV Sambut HUT Ke-37

    KUALA LUMPUR: Seramai 19 pegawai dan 420 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan di bawah naungan Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) terlibat dalam Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Ke-37 di Padang Kawad 1 RRD Wardieburn pada 17 Jan 2018.

    Perbarisan yang berkonsepkan berjalan lalu ini disertai oleh anggota daripada trup 11 dan 12 Briged dan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Lt Kol Mohd Radzi Othman.

    Terdahulu ketibaan Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di sambut oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran sebelum menerima tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan.

    Perbarisan diteruskan dengan penyampaian Sijil Kepujian Panglima 4 Div kepada pegawai, anggota LLP dan kakitangan awam yang berkhidmat di 4 Div serta pemakaian pangkat kepada tiga anggota LLP.

    Turut hadir Komander 515 AW, Brig Jen Dato’ Fitzgerald Joseph Kilroy Augustin, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor, Pegawai Memerintah  di bawah naungan 4 Div dan BAKAT 4 Div.

  • 4 Div Raikan Warganya Dalam Jamuan HUT

    KUALA LUMPUR: Warga 4 Divisyen hadir dalam Majlis Jamuan sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun 4 Div  Ke-37 yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di Dewan Dato’ Othman Harun  pada 17 Jan 2018.

    Dalam ucapan Panglima 4 Div, beliau telah mengingatkan beberapa perkara, antaranya ialah skim-skim baharu yang telah diperkenalkan oleh ATM bagi kemudahan warganya seperti perkhidmatan dari 21 tahun terus ke 26 tahun, Skim Anuiti Vateran (SAVe), Bantuan Bakti Negara (BBN), Satu Anggota Satu Rumah(SASAR), pendidikan anak-anak anggota dan kesihatan anggota.

    Turut hadir Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran, Komander Rejimen 515 (AW), Brig Jen Dato’ Fitzgerald Joseph Kilroy Augustin, Komander PIPTD, Kol Romainor Mohamed dan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor.