Tag: IJED

  • Sambutan HUT KJLJD Ke-61

    NEGERI SEMBILAN: Seramai 21 Pegawai dan 247 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Kor JLJ Diraja Ke-61 yang diadakan di Padang Kawad Institut kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah pada 13 Jul 2018.

    Dalam perbarisan tersebut Pengerusi Kor JLJ Diraja, Mej Jen Dato Hanafiah Jaafar mengambil tabik hormat perbarisan yang di ketuai oleh Lt Kol Muhamad Pasli Sarman.

    Dalam penyampaian perutusan HUT KJLJD Ke-61, beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga KJLJD dan pesara-pesara di atas kehadiran, sokongan dan ikatan Esprit De Corps di kalangan warga dan pesara KJLJD sejak 61 tahun kewujudannya.

    Dalam perutusan ini juga, beliau menjelaskan bahawa untuk mensasarkan objektif bagi lima hala tuju teras Tentera Darat, KJLJD perlu berada di tahap yang tinggi dicapai melalui pengurusan sumber yang mantap dan berkesan serta pengolahan latihan dan penilaian yang konsisten untuk peningkatan kemahiran dan kompetensi.

    Dalam perbarisan tersebut, beliau turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Woksyop Cemerlang bagi tahun 2017 di mana bagi kategori Woksyop Div disandang oleh 73 Wksp Div, kategori Woksyop Briged disandang oleh 2 Wksp Bgd, kategori woksyop Arti disandang oleh 41 Wksp Arti dan bagi kategori Woksyop Mekanise/Armor, disandang oleh 33 Wksp Armor.

    Gambar: Kpl Mohd Asyraf dan LKpl Muhammad Affandi

  • Perbarisan Penghargaan Pengarah JLJ

    NEGERI SEMBILAN: Seramai 15 pegawai dan 197 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) diketuai Lt Kol Muhammad Ammar Farhan @ Brorey terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Pengarah JLJ, Brig Jen Dato’ Hj Mohamad Razak Kamari di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) pada 26 Apr 2018.

    Perbarisan ini dilaksanakan sebagai menghargai jasa serta pengorbanan yang telah beliau curahkan kepada TD sepanjang perkhidmatan

    Terdahulu sebaik ketibaan Brig Jen Dato’ Hj Mohamad Razak Kamari bersama isteri, Datin Hajah Pauziah Hj Mahmud, beliau menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

    Mantan Pengarah JLJ dalam ucapannya menyatakan rasa amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Nawawi dan isteri, Datin Seri Noor Akmar Yaakob yang sudi hadir ke perbarisan tersebut.

    Turut hadir Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar dan isteri Datin Intan Hazlin Zakaria, Pengarah JLJ baharu, Brig Jen Ir. Hj Najmuddin Hj Jaafar dan isteri Hjh Porziah Mamat serta Pengarah BPPTD, Brig Jen Md Fuad Abd Jalil dan isteri, Hamidah Daud.

    Gambar: SSjn Muhammad Haffizz Hamid

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman

    NEGERI SEMBILAN: Seramai 15 pegawai dan 169 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD) di Padang Kawad IJED pada 22 Feb 2018.

    Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen diketuai oleh Lt Kol Ramli Johari bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 41 tahun 10 hari berkhidmat di dalam ATM amnya dan TD khasnya.

    Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut serta kepada TD atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau semasa berada didalam perkhidmatan.

    Sebagai salah seorang pegawai kanan dalam KJLJD, adalah menjadi hasrat saya untuk melihat teraju kepimpinan kor terus unggul serta memainkan peranan yang lebih relevan kepada TD dalam memberi bantuan logistik.

    Sesungguhnya KJLJD akan terus mendukung wawasan dan matlamat yang disasarkan oleh TD di bawah kepimpinan PTD.”

    Pada masa yang sama PTD turut memberikan ucapan balas dengan mengatakan beliau berbangga dan berterima kasih kepada Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman bagi pihak TD atas perkhidmatan serta jasa yang telah dicurahkan dengan penuh kesetiaan dan pengorbanan yang tanpa berbelah bahagi.

    Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Reduan Hj Omar dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Ir. Hj Najmuddin Hj Ja’afar.

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

    [srizonfbalbum id=158]

  • TD Melakar Nama Di Hari Inovasi MINDEF 2017

    KUALA LUMPUR: Tim ME-Creator dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) mengharumkan nama Tentera Darat (TD) apabila dinobatkan sebagai Johan Kategori Bidang Inovasi Sosial – Penambahbaikan dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2017 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 14 Dis 2017.

    Tim ini melakukan projek bertajuk Spider Heavy Wheel Carrier yang merupakan alat bagi tujuan untuk memudahkan kerja membuka, mengangkat, memasang dan menetapkan roda kenderaan berat pada kenderaan yang melebihi tiga tan lalu dapat menjimatkan masa, tenaga serta menjamin keselamatan orang yang melaksanakan kerja-kerja membuka dan memasang roda kenderaan berat.

    Pertandingan kali ini bertemakan Inovasi Menunjangi Aspirasi TN 50 yang bertujuan mendukung hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompetitif dalam inovasi ke arah mencapai status kelompok 20 negara-negara hebat berinovasi menjelang tahun 2050.

    Dalam ucapan Timbalan MENHAN, beliau mahukan penjawat awam khususnya warga Kementerian Pertahanan  dapat melahirkan cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai aspek kerja agar dapat meningkatkan kualiti serta produktiviti organisasi untuk mencipta produk baharu dan menginovasikan produk sedia ada untuk disesuaikan bagi diguna pakai mengikut jabatan serta mampu membawa tranformasi kepada budaya kerja sedia ada.

    “Cabaran bagi membudayakan kreativiti dan inovasi dalam organisasi merupakan satu tanggungjawab besar serta memerlukan komitmen semua pihak ke arah merealisasikan matlamat ini yang mana usaha pembudayaan inovasi dan kreativiti perlu dipupuk serta dihayati.

    “Selain itu, salah satu pendekatan yang boleh digunakan ialah kolaborasi dalam berinovasi  iaitu budaya silo di antara jabatan atau agensi boleh dihapuskan dalam mewujudkan jalinan usahasama strategik dan kerjasama berpasukan melibatkan elemen seperti penggunaan sumber dan fasiliti yang optimun, perkongsian maklumat serta persefahaman bagi menghasilkan inisiatif yang berimpak tinggi,” tegasnya.

    Sebanyak lima kategori dipertandingkan pada tahun ini menyaksikan Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi Markas Tentera Laut dinobatkan Johan dalam Kategori Bidang Inovasi Sosial Penciptaan, Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace TUDM Johan dalam Inovasi Penyampaian Perkhidmatan-Penambahbaikan manakala Jabatan Latihan Khidmat Negara Johan KIK Hibrid Inovasi Penambahbaikan dan Pusat Latihan PSSTLDM KD Sri Pinang dinobatkan Johan bagi Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan-Penciptaan.

    Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

    [srizonfbalbum id=106]