Tag: Panglima 21 GGK

  • TD dan MK 21 GGK Johan Tinju 2025

    TD dan MK 21 GGK Johan Tinju 2025

    MELAKA: Tentera Darat (TD) muncul johan keseluruhan antara perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK) johan kategori terbuka sempena Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan dan Terbuka ATM Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab dalam majlis penutup bertempat di Dewan Ramli, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 6 Dis 2025.

    Anugerah peninju terbaik kejohanan antara perkhidmatan ATM 2025 dinobatkan kepada Mohamad Syahami Mohd Sanusi TDM (B) dan peninju terbaik kategori terbuka kepada Mohd Yusri Mohd Nor dari 21 GGK.

    Peninju harapan antara perkhidmatan ATM 2025 pula dianugerahkan kepada Muhammad Zulhusni Mohammad Zawawi dari TDM (B) dan peninju harapan kategori terbuka kepada Muhammad Hafizufdin Pa’dek dari 21 GGK.

    Dalam ucapan Panglima 21 GGK, beliau menekankan bahawa sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan warga ATM serta mampu menjadi wadah penting dalam usaha kita untuk membentuk satu angkatan yang harmoni dan bersatu padu.

    “Saya turut berharap agar semua atlet ATM, menerapkan nilai integriti yang tinggi, serta sentiasa mengamalkan ‘fairplay’ dalam setiap pertandingan yang disertai agar kita beroleh kemenangan dan kejayaan secara adil dan terhormat,” tegasnya.

    Sebanyak 47 Bouts dipertandingkan bagi kejohanan tinju antara perkhidmatan, 48 Bouts bagi tinju terbuka ATM manakala 12 kategori di sepanjang kejohanan ini dan empat perlawanan akhir.

    Kejohanan seperti ini merupakan salah satu aktiviti sukan yang berperanan penting dalam pembangunan fizikal, mental dan disiplin warga ATM.

    Selain itu ianya dapat mencungkil bakat serta melahirkan atlet di dalam memajukan sukan tinju di peringkat ATM dan negara.

    Turut hadir, Ketua Staf MK 21 GGK, Brig Jen Mohd Musyadi Abdul Mutalib dan Ketua Staf MK 10 Bgd (Para), Kol Syed Suhairi Syed Hussin.

    Gambar: Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Hamad Tiger Siri 2/25 Tingkatkan Kepakaran Green Beret

    Hamad Tiger Siri 2/25 Tingkatkan Kepakaran Green Beret

    PAHANG: Keberanian dan kepakaran anggota 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) terus diasah menerusi Eksesais Hamad Tiger Siri 2/2025 yang menyaksikan Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab turut melaksanakan Latihan Friendship Jump dalam kategori Static dan Freefall bersama Bahrain’s Royal Guard Defence Forces di Pangkalan Udara Kuantan pada 16 Okt 2025.

    Eksesais yang melibatkan seramai 200 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini merupakan latihan bilateral tahunan yang diterajui oleh 21 GGK bersama Bahrain’s Royal Guard Defence Forces untuk mengukuhkan hubungan pertahanan serta pertukaran kepakaran taktikal antara kedua-dua pasukan elit tersebut.

    Selain mengeratkan kerjasama strategik, latihan ini turut menjadi platform peningkatan kepakaran dan kesiapsiagaan tempur bagi semua anggota 21 GGK melibatkan Green Beret dan Non-Green Beret dalam usaha mempertingkat kecekapan serta ketahanan fizikal dan mental untuk pelaksanaan operasi khas.

    Penganjuran eksesais ini membuktikan komitmen berterusan 21 GGK dalam memastikan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme setiap anggotanya kekal berada di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang bentuk pengoperasian dari semasa ke semasa.

    Turut hadir, Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Samsyawal Muhammad dan Ketua Staf Perkhidmatan MK 21 GGK, Brig Jen Mohd Musyadi Abdul Mutalib.

    Gambar: LKpl Muhammad Akram Halib & LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

    slot resmi

    daftar slot

  • Kerabat Diraja Johor Serikan MMR HUT GGK Ke-60

    Kerabat Diraja Johor Serikan MMR HUT GGK Ke-60

    JOHOR: Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim telah mencemar duli mewakili Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Sultan Johor ke Majlis Santapan Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Gerup Gerak Khas (GGK) Ke-60 bertempat di Dewan Persada Johor International Convention Centre pada 2 Okt 2025.

    Keberangkatan tiba YAM Tunku Panglima Johor bersama Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim disambut oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Ahmad Suhaimi Mat Wajab.

    Dalam ucapannya, Panglima 21 GGK menzahirkan penghargaan atas keberangkatan Kerabat Diraja Johor yang disifatkan sebagai lambang penghormatan, sokongan padu serta keprihatinan yang tinggi terhadap warga Gerak Khas.

    Beliau turut menegaskan bahawa Rejimen Gerak Khas sentiasa berada pada tahap kesiagaan tertinggi walaupun negara tidak menghadapi sebarang ancaman yang nyata.

    Majlis diakhiri dengan acara memotong kek sambutan ulang tahun sebelum tetamu berangkat pulang.

    Turut hadir, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Hj Asman Shah Abd Rahman dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

    Gambar: Riffat Mohd Yusof, Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

    toto slot

    slot gacor

  • Adakah Kita Hendak Letak Juruterbang Dalam Keranda Terbang? – YDP Agong

    Adakah Kita Hendak Letak Juruterbang Dalam Keranda Terbang? – YDP Agong

    JOHOR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Sultan Ibrahim bertitah kepada Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin supaya membatalkan cadangan pembelian pesawat helikopter Blackhawk lama yang berusia lebih 30 tahun.

    “Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat second hand Skyhawk. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam keranda terbang? Awak fikirlah sendiri.

    “Saya percaya semua ini berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ejen atau bekas Jeneral yang menjadi Salesman malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak menjual drone,” tegas baginda.

    YDP Agong mengingatkan kepada semua pihak yang terlibat dengan perolehan aset tentera supaya membuat pembelian dan penilaian dengan betul mengikut harga pasaran dan kehendak pengguna bukannya mengikut cakap ejen sahaja.

    Lima tahun lepas baginda pernah menegur tentang pembelian bot untuk komando pada harga lima juta sedangkan YDP Agong boleh mendapatkan bot yang lebih baik pada harga tidak sampai dua juta ringgit.

    “Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya, jika tidak mahu dengar cakap saya selepas ini saya tidak akan tegur lagi,” tegas YDP Agong ketika menyampaikan titah sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke- 60 bertempat di Kem Iskandar, Mersing pada 16 Ogos 2025.

    Selain itu, baginda juga menegur tentang pemakaian Beret Kehormat dan Lencana Kehormat pada pakaian seragam tentera kerana ianya dipakai menunjukkan kemahiran serta kelayakan pemakainya yang sebenar bukan dipakai untuk melawa sahaja.

    Contoh seperti YDP Agong sendiri yang lulus Latihan Special Forces dan Payung Terjun di Fort Bragg, USA dan baginda layak untuk memakai lencana tersebut pada pakaian seragam tentera.

    “Jika awak hanya penerima Lencana Kehormat, ianya hanya boleh dipakai pada acara tersebut sahaja bukan untuk melawa pada setiap hari,” tegur baginda.

    Terdahulu, ketibaan YDP Agong disambut MENHAN, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar lalu menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan.

    Seramai 18 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat didalam perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen 22 Komando, Kol Mohd Nizam Moladi.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Shuhaimi Mat Wajab dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, LKpl Muhammad Syafiqrullah Mazlan dan Pbt Tuan Farizal Tuan Dir

    slot gacor hari ini

    kampung bet

    kampungbet

    kampungbet

  • ENAM DEKAD DARI KONFRONTASI KE KETUMBUKAN MODEN

    ENAM DEKAD DARI KONFRONTASI KE KETUMBUKAN MODEN

    JOHOR: Seramai 18 pegawai dan 178 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas Ke-60 bertempat di Markas 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) pada 1 Ogos 2025.

    “Perjalanan selama enam dekad bukanlah satu masa yang singkat bagi GGK tetapi ianya tempoh masa yang penuh dengan perjuangan, pengorbanan, cabaran serta kejayaan”, jelas Panglima 21 GGK, Mej Jen Ahmad Shuhaimi Wajab dalam perbarisan yang melibatkan lima detasmen diketuai oleh Pegawai Pemerintah Rejimen 22 Komando (Rej 22 Kdo), Kol Mohd Nizam Moladi.

    “Bermula dari sebuah pasukan kecil yang menentang konfrontasi dan insurgensi sehingga menjadi satu ketumbukan moden yang canggih yang mampu beroperasi di semua domain iaitu Darat, Laut, Udara serta Ruang Siber.

    “Legasi dan pencapaian gemilang generasi yang terdahulu telah membina tradisi kecemerlangan yang telah diwarisi hingga ke hari ini. Namun demikian kebergantungan kepada kejayaan-kejayaan silam akan membatasi kita daripada melakukan anjakan radikal.

    “Perubahan minda dan keluar daripada kerangka pemikiran legasi bagi membina angkatan masa hadapan yang lebih unggul, ingatlah peribahasa, sekali air bah, sekali pantai berubah bahawa perubahan adalah satu kepastian yang tidak dapat dihalang. Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perbarisan pada hari ini.

    Turut Hadir, Ketua Staf Am Markas 21 GGK dan Brig Jen Samsyawal Muhamad, Ketua Staf Perkhidmatan, Brig Jen Mohd Musyadi Abdul Mutalib.

    Gambar : LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein dan Pbt Raja Khairul Husaini Raja Roslan

    slot gacor hari ini

    kampung bet

  • Majlis Santapan Berbuka Puasa DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor Bersama Warga 21 GGK

    Majlis Santapan Berbuka Puasa DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor Bersama Warga 21 GGK

    JOHOR: Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) bertempat di Masjid Kem Iskandar pada 15 Mac 2025.

    Ketibaan baginda disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhamad Haffizuddiean Jantan dan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

    Acara dimulakan dengan menunaikan solat maghrib berjemaah dan majlis santapan berbuka puasa sebelum berangkat meninggalkan majlis.

    Turut hadir, Panglima 21 GGK, Mej Jen Ahmad Suhaimi Mat Wajab, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saat dan Pegawai Kanan GGK.

    Gambar: Pbt Muhammad Syfiqrullah Mazlan

  • MK PLDTD Johan Keseluruhan Tilawah Al-Quran Peringkat TD

    MK PLDTD Johan Keseluruhan Tilawah Al-Quran Peringkat TD

    KUALA LUMPUR: Mej Muhammad Mushawwir Che Azuha daripada Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD), peserta tilawah bagi kategori Pegawai dengan catitan 96 markah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Tentera Darat Tahun 2022 yang diadakan di Kem Wardieburn pada 19 Okt 2022.

    Naib johan pula disandang oleh Mej Hjh Salha Shakila Hj Alang Hasim dari Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) manakala tempat ketiga dirangkul oleh Kapt Zulkiflee Maxtar dari Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Keputusan Pertandingan Tilawah Al-Quran ini telah diumumkan oleh Ketua Jemaah Hakim, Kol Hasbullah Salleh sebelum pemenang keseluruhan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Bagi kategori Qari dimenangi oleh Sjn Muhammad Riduan Muhammad Yusof dari MK PLDTD dan diikuti naib johan yang dimenangi oleh LKpl Mohamad Hafizul Azam Harrun dari MK PMTTD manakala LKpl Yusof Mat Daud dari MK PMBTD berada di tempat ketiga.

    Seterusnya, johan bagi kategori Qariah jatuh kepada peserta daripada MK PMBTD iaitu Puan Adibah Hajar Limat, diikuti Puan Hasmina Shuib daripada MK PLDTD yang dinobatkan naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta daripada MK PMBTD iaitu Puan Nooraini Ropli.

    Keputusan johan bagi kategori Qari Saudara Muslim pula dimenangi PW II Muhammad Syawal Angkapok dari MK PMBTD, diikuti naib johan yang dirangkul oleh Kpl Muhd Syarul Aizad Abdullah dari MK PMTTD dan tempat ketiga jatuh kepada PW I Muhammad Rasyid Richard Abdullah dari MK PLDTD.

    Johan bagi kategori Qariah Saudara Muslim dimenangi oleh Puan Siti Sumayyah Anchat dari 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) manakala naib johan dirangkul oleh SSjn Puteri Zulaikha Emin peserta daripada MK PLDTD dan tempat ketiga jatuh kepada Puan Nurul Izzati Atiqah Abdullah dari MK PMTTD.

    “Adalah diingatkan bahawa warga Tentera Darat hendaklah meningkatkan penghayatan syiar Islam dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan.

    “Sesuai dengan tema majlis tilawah pada tahun ini iaitu ‘Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’ yang membawa maksud sentiasa meletakkan Allah dalam segala perkara serta menjadi asas dalam mengekalkan iman dan takwa.

    “Ini menunjukkan bahawa warga TD hendaklah berusaha menjadi umat yang cemerlang dengan menjadikan profesion tentera ini sebagai wasilah untuk berjaya di dunia dan akhirat,” ujar Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato Seri Zamrose Mohd Zain.

    Selain diperdengarkan dengan alunan suara daripada johan keseluruhan tilawah, hadirin turut disajikan dengan Persembahan Pentas Irama (PENTARAMA) Sel Agama MK TD.

    Majlis kemudian berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada PTD dan jamuan makan.

    Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi bersama isteri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama isteri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad bersama isteri, Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim bersama isteri dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

  • TD Teguh Tingkatkan Moral Warga 21 GGK

    TD Teguh Tingkatkan Moral Warga 21 GGK

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain bersikap terbuka mendengar dan mengenal pasti permasalahan anggota bersabit aspek logistik, pentadbiran, kemudahan asas di kem serta perkara kebajikan untuk mengekalkan moral anggota 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dalam melaksanakan tugas.

    “Saya menyeru kepada semua pegawai dan anggota supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya menghadapi sebarang permasalahan, selain mempamerkan contoh teladan baik bagi mengekalkan imej positif 21 GGK dalam Tentera Darat (TD) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya,” ujar PTD.

    PTD berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam Program Kesejahteraan Warga 21 GGK di Dewan Jenalik, Kem Iskandar pada 28 Ogos 2022.

    Terdahulu, PTD diiringi Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim ke Dewan Skuadron Perahu Khas (SPK) bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada tiga penerima bantuan yang menghidap penyakit kronik.

    Penerima sumbangan didahului oleh Kpl Khairul Anwar Abd Rahman dari MK 21 GGK yang mengalami patah tulang belakang (L1) dan kedua-dua belah tumit kaki serta cedera pada ligamen siku tangan kanan akibat terjatuh dari bangunan semasa melakukan latihan penerjunan gaya Free Style pada 21 Nov 2012. Beliau masih menjalani rawatan Pakar Orthopedik secara berkala di 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT), Kem Terendak.

    Penerima sumbangan kedua adalah isteri kepada Sjn Muhammad Hafizal Ismail dari pasukan 21 Kump Log GGK iaitu Puan Norida Mat Nasir yang menghidap penyakit Kanser Payudara (Tahap 3) pada 7 Dis 2021. Isteri anggota masih menjalani rawatan susulan berkala di Hospital Mersing setelah menjalani pembedahan buang payudara sebelah kiri pada 16 Ogos 2022.

    Penerima sumbangan terakhir ialah bekas anggota Rejimen Pertama Gerak Khas (1 RGK) iaitu Sjn Karim Tohkachil (Bersara) yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan akibat terpijak jerangkap samar musuh ketika melaksanakan operasi mencari dan menjejak pengganas komunis dalam Op SELAMAT SAWADEE pada tahun 1974.

    Kemudian, PTD melawat Tapak Projek Pembinaan Kolam Menyelam Tempur 21 GGK dan mendengar taklimat perkembangan projek yang disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Logistik MK 21 GGK, Lt Kol Firdaus Ismail.

    Seterusnya, PTD berbesar hati meluangkan masa beramah mesra menyantuni warga 21 GGK dan menikmati jamuan di Dewan Jenalik sebelum mengakhiri program dengan upacara pertukaran cendera kenangan bersama Panglima 21 GGK.

    Program kebajikan seumpama ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung beliau iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dan mendukung tema Hari Tentera Darat Ke-89: Kesejahteraan Keluarga TD Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin.

    Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul

    #KesejahteraanWargaTD

  • Beret Hijau Lambang Maruah Dan Kebanggaan Gerak Khas – Panglima 21 GGK

    Beret Hijau Lambang Maruah Dan Kebanggaan Gerak Khas – Panglima 21 GGK

    MELAKA: Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Nubli Hj Hashim berpesan bahawa keagungan Beret Hijau yang dipakai perlulah sentiasa dipelihara kerana ianya merupakan maruah dan kebanggaan Gerak Khas.

    “Adalah amat malang sekali jika Beret Hijau yang dipakai terpaksa dilucutkan secara keji disebabkan salah laku seperti tidak mematuhi arahan atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan peraturan perkhidmatan,” tegas beliau.

    Panglima 21 GGK berkata demikian ketika berucap dalam Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2022 di Pantai Betutu Laut, Sg Udang pada 4 Jun 2022.

    Tambah beliau lagi, kursus ini merupakan titik permulaan perkhidmatan dalam Rejimen Gerak Khas dan masih mempunyai ruang yang luas untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan bagi memantapkan lagi keunggulan pasukan serta pertahanan negara.

    “Syabas dan tahniah kepada saudara sekalian di atas kecekalan dalam mengharungi pelbagai pahit getir dan cabaran yang menguji keupayaan, ketabahan serta kesabaran selama 12 minggu kursus berlangsung,” katanya.

    Terdahulu, acara dimulakan dengan pertunjukan demonstrasi serbuan pantai dan menyelamatkan tebusan, lalu disusuli sesi ramah mesra Panglima 21 GGK bersama keluarga penuntut kursus.

    Demonstrasi ini secara tidak langsung mempamerkan keupayaan serta kesiapsiagaan trup TD amnya dan 11 RGK serta 21 GGK khususnya sebagai tunjang kedaulatan negara dalam menghadapi ancaman semasa selain sebagai perisai pertahanan negara.

    Seterusnya, beliau menyempurnakan acara Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando yang melibatkan seorang pegawai dan 122 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat (TD).

    Acara turut diserikan dengan penyampaian hadiah Penuntut Terbaik yang dinobatkan kepada Lt M Mohamad Imran Mohamad Rusni dari Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) (1 RAD (Para)).

    Upacara perbarisan diteruskan dengan lafaz ikrar 12 Sumpah Perajurit Komando dan penyerahan bendera kepada Ketua Cawangan Komando sebagai tanda berakhirnya kursus.

    Seramai hampir 800 pengunjung termasuk ahli keluarga penuntut hadir untuk menyaksikan acara bersejarah ini setelah dua tahun ia diadakan secara tertutup berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara.

    Pelaksanaan perbarisan rejimental ini seiring dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Pengarah Gerak Khas, Kol Mohd Fouzi Sulaiman, Komandan PULPAK, Kol Zulkinine Yunus dan Veteran Komando.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly, LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime, Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Riffat Mohd Yusof

  • Darah Komando Mengalir Di Badan Lt M Nizam

    MELAKA: Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota komando yang mana itulah hakikat yang perlu diakui semua pihak dan ini dibuktikan sendiri oleh Lt M Muhammad Sarul Nizam  Abd Karim apabila dianugerahkan Beret Hijau bersama dengan lima pegawai dan 86 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat (TD) dalam Perbarisan Penutup Kursus Asas Komando Siri 3/2017 disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Datuk Hassan Ali di Pantai Betutu Laut pada 6 Jan 2018.

    Penutup Kursus Asas Komando pada kali ini memberi sedikit kelainan apabila tiga penuntut iaitu Lt M Muhammad Sarul Nizam  Abd Karim, Tpr Muhamad Naim Basharuddin dan Tpr Muhammad Asri Yusri dipakaikan sendiri Beret Hijau oleh ahli keluarga mereka yang merupakan mantan ahli komando Rejimen Gerak Khas.

    Suasana bertukar sedih apabila ibu Lt M Muhammad Sarul Nizam iaitu Sujasfi Jaswir mengalir air mata memakaikan sendiri Beret Hijau kepada anaknya bagi mengantikan arwah suami beliau  PW I Abd Karim Othman merupakan mantan SMR 11 RGK yang meninggal dunia ketika anaknya sedang menjalani Kursus Asas Komando  tidak mematahkan semangat  Lt M Muhammad Sarul Nizam untuk meneruskan legasi darah komando dalam keluarganya.

    Kursus Asas Komando yang diadakan selama 12 minggu ini melatih penuntutnya agar mempunyai daya ketahanan dan fizikal yang tinggi serta cabaran bagi menguji ketahanan, keupayaan, ketabahan dan kesabaran sejajar dengan kepakaran (Grup Gerak Khas) GGK sebagai barisan penyusupan TD.

    Pelaksanaan kursus ini adalah untuk memilih pegawai dan anggota LLP TD yang betul-betul layak berkhidmat dalam GGK yang merupakan lambang keagungan, keperwiraan serta satu lambang mutu keperibadian yang tinggi untuk sesiapa yang memakainya dimana kursus ini  dipecahkan kepada lima peringkat merangkumi peringkat kem, hutan, paya, laut dan penutup.

    Terdahulu majlis dimulakan dengan demonstrasi serbuan mengejut pantai diikuti Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas dan Demonstrasi Kepakaran Khas seperti Tempur Tanpa Senjata, Tembakan Peluru Hidup dan Pertunjukan Penerjunan Payung Terjun dibantu oleh dua buah Agusta A109H dari Rej 881  Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan sebuah pesawat Nuri dari Tim Nuklues Rej 882 PUTD.

    Demonstrasi ini secara tidak langsung mempamerkan keupayaan dan kesiapsiagaan trup TD amnya, dan khususnya 21 GGK sebagai tunjang kedaulatan negara dalam menghadapi ancaman semasa serta sebagai perisai pertahanan negara bagi mendokong misi dan wawasan negara untuk menentukan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

    Dalam ucapan Panglima 21 GGK, beliau mengingatkan kepada semua anggota komando serta penuntut kursus bahawa keagungan beret hijau yang dijunjung di kepala perlulah sentiasa dipelihara dan dipertahankan hingga ketitisan darah terakhir kerana Beret Hijau merupakan maruah dan lambang kebanggaan Gerak Khas.

    “Seorang anggota Beret Hijau adalah wira yang sentiasa berdisiplin tinggi, patuh dan taat kepada arahan-arahan serta peraturan ketenteraan dan sentiasa memegang teguh kepada sumpah perajurit komando sepertimana yang telah dilafazkan sebentar tadi, justeru saya menyarankan agar saudara semua mengotakan ikrar dimana ia disaksikan oleh semua anggota Gerak Khas dan ahli keluarga,” tegas beliau.

    Penuntut terbaik dinobatkan kepada Lt M Mohammad Fauzan Daniel Mohd Jazly dari Rejimen Keempat Kor Amor Diraja (4 KAD).

    Turut hadir Komander National Special Operation Force (NSOF), Brig Jen Hj Mazlan Mad Sahalan, Ketua Staf Am 21 GGK, Brig Jen Datuk Jamaludin Jambi, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kol Adi Ridzwan Abdullah, Veteran GGK dan keluarga penuntut kursus.

    Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali dan Sjn Saiful Fazley Rusli

    [srizonfbalbum id=121]