Tag: Panglima 6 Bgd

  • Empat Hari Sebelum Tamatnya Perkhidmatan Pemimpin Yang Berharga Buat TD dan RAMD

    Empat Hari Sebelum Tamatnya Perkhidmatan Pemimpin Yang Berharga Buat TD dan RAMD

    KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan kepada Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad atas ternoktahnhya perkhidmatan beliau yang tidak berbelah bahagi sepanjang 36 tahun ini adalah sebuah epik perjalanan seorang pahlawan sejati Tentera Darat Malaysia (TDM) dan khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

    “Sesungguhnya jasa beliau terlalu tinggi untuk diukur, terlalu luhur untuk dinilai dan terlalu bernilai untuk dibayar kembali oleh nusa dan bangsa.

    “Try Not To Be Become A Man Of Succes, But Rather Try To Be Become A Man Of Value bertetapan dengan kata-kata ini, value atau nilai kepimpinan telah dicoretkan bermula dari tahun 1988 yang semestinya hingga kini akan meninggalkan legasi ampuh kepada kita semua dan akan meninggalkan satu teladan yang wajar diikut oleh sekalian warga TD” ujar PTD ketika menyempurnakan Majlis Perbarisan Penghargaan Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad pada 25 Apr 2025.

    Perbarisan berkonsepkan berjalan lalu secara cepat ini terdiri daripada lima detasmen melibatkan seramai 18 pegawai dan 291 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Wazir Syafiq Nodin, Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD).

    Acara kemudian diteruskan dengan sesi bergambar dan penyampaian cendera kenangan sebelum diakhiri dengan acara street lining sebagai simbolik penghargaan daripada warga 6 RAMD.

    Turut hadir, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi Sulaiman dan Pengarah Infantri, Brig Jen Saiful Bahari Zainol.

    Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan

    link slot

    kampungbet

    monperatoto

  • Eksesais Haringgaroo Memupuk Semangat Kerjasama Dua Negara

    Eksesais Haringgaroo Memupuk Semangat Kerjasama Dua Negara

    KEDAH: Seramai 55 pegawai dan 620 anggota dari Tentera Darat (TD) dan Australia terdiri dari pasukan dibawah naungan Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) dan pasukan Rifel Company Butterworth (RCB) terlibat dalam Eks Haringgaroo Siri 73/2023 selama 9 hari bermula dari 10 hingga 18 Okt 2023.

    Eks bilateral ini dimulai dengan Cross Training Ex (CTX) bagi memahami teknik, taktik dan prosedur antara TD dan RCB. Seterusnya, mengimplementasikan senario Aturgerak Peperangan Konvensional dalam fasa ofensif secara POSTAH (CPX) dan Aturgerak Medan (FTX) yang melibatkan pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Batalion Keempat Rajimen Renjer Diraja (4 RRD) serta Rifel Company Butterworth (RCB).

    “Saya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam latihan ini” jelas Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2Div), Mej Jen Dato’ Azhan Md Othman ketika berucap semasa Penutup Eks Haringgaroo Siri 73/2023 di Bukit Getah, Pendang.

    “Objektif utama eksesais ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan persefahaman antara kedua-dua pihak selain dapat mempertingkatkan daya saling operasi antara dua pihak.

    Apa yang penting dalam eksesais ini adalah perolehan pengalaman dan pelajaran yang baru untuk dibawa pulang demi kebaikan bersama” ujarnya.

    Terdahulu, Panglima 2 Div menerima tabik hormat daripada detasmen perbarisan yang diketuai oleh Lt Kol Shahiran Imran Abd Rahman. Eks bilateral ini melibatkan perkongsian ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam aspek doktrin, teknik, taktik dan prosedur di dalam operasi infantri.

    Turut hadir, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Saipol Anuar Jaafar, Komander 9th Brigade Australian Army, Brig Graham Goodwin dan pegawai- pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • 5 RS Anjur Khatan Perdana

    KEDAH: Seramai 27 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan 11 orang dewasa menyertai program Khatan Perdana Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS) bertempat di Kem Bukit Kayu Hitam disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharom.

    Acara dimulakan dengan perarakan peserta diiringi paluan kompang dan upacara menyuap pulut kuning sebelum disiram oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menggunakan jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam.

    Program ini juga turut mempunyai kelainannya tersendiri apabila disertai oleh seramai 11 anggota yang bukan beragama Islam dari 5 RS.

    Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’Ramli Jaafar, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail, Ketua Staf Mk 2 Div, Kol Noorul Azril Ariffin, Ketua Staf 30 Briged Lt Kol Nazaruddin Ismail dan warga Batalion Kelima Rejimen Sempadan.

  • Eks Satria Gagah Peringkat 6 Bgd

    KEDAH: Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) telah menganjurkan Eksesais Satria Gagah Peringkat 6 Bgd yang dirasmikan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail bermula 8 Nov sehingga 17 Nov 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.

    Latihan yang melibatkan seramai 57 pegawai dan 85 anggota Lain-Lain Pangkat ini bertujuan untuk menilai tahap keupayaan seorang pegawai dan anggota dalam menangani situasi dalam peperangan sebenar dan sekaligus merancang tindakan yang patut dilakukan dalam suatu situasi.

    Dalam Ucapan Panglima 6 Bgd, beliau secara peribadi mengucapkan syabas kepada perserta yang terlibat kerana telah memanfaatkan peluang yang ada di dalam latihan dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan seorang pegawai mahupun lain-lain pangkat yang terlibat dalam latihan ini.

  • Sumbangan Kepada Veteran ATM

    KEDAH: Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia(ATM) Ke-84, Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menziarahi Sjn (B) Ahmad bin Md Isa (3122) di rumah beliau pada 3 Okt 2017.

    Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan peribadi PAT kepada Sjn (B) Ahmad Md Isa yang telah berpencen wajib pada tahun 1968 sebagai mengenang jasa serta pengorbanan beliau yang telah berkhidmat selama 21 tahun dan unit terakhir adalah Pasukan Gerak Khas Malaysia (PGKM) atau Malaysia Special Service Unit (MSSU) yang mana sekarang lebih dikenali sebagai Gerup Gerak Khas dan beliau kini menjangkau usia 90 tahun.

    Dalam pada itu, veteran tersebut merasa sungguh terharu di atas kunjungan serta penyampaian sumbangan tersebut yang mana jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak pernah dilupakan oleh pucuk pimpinan tertinggi ATM.

    Beliau juga turut mendoakan agar ATM akan terus disanjung serta dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia dalam menjaga keamanan serta kedaulatan negara daripada ancaman pihak musuh.

    Turut hadir, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Ismail, Pengarah JHEV Negeri, Lt Kol Ahmad Rosdi TUDM dan Yang Di-Pertua Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Zon Utara, Sani Osman.

  • Majlis Korban Dan Aqiqah

    KEDAH: Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) yang melibatkan semua pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dibawah naungan terlibat dalam Majlis Korban dan Aqiqah yang disempurnakan Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad di Masjid An-Naim pada 4 Sep 2017.

    Acara penyembelihan tiga ekor lembu dan pengagihan daging korban bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga 6 Bgd.

    Turut hadir Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”12520,12521,12519,12517,12518,12516,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • Tunku Panglima Besar Kedah Sambut Raya Bersama Warga 6 Bgd

    KEDAH: Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Brig Jen Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim mencemar duli dan disambut mesra oleh Panglima 6 Briged, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad dan isteri bersama-sama 300 anggota serta keluarga dalam majlis sambutan hari raya peringkat (6 Bgd) di Keriang Hill Resort, Alor Setar pada 23 Jul 2017.

    Baginda yang juga selaku Komandan Rej 513 (AW), turut menyampaikan sumbangan kepada anak dan anggota yang menghidap penyakit kronik disamping beramah mesra dengan semua yang hadir.

    Dalam pada itu, turut diadakan sambutan hari lahir baginda dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik, diikuti pemberian hadiah replika kapak yang disampaikan oleh Panglima 6 Bgd.

    [jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

    [jaw_gallery gallery=”11742,11743,11740,11741,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

  • 6 Bgd Terima Lawatan Penuntut MTAT

    KEDAH: Seramai 165 penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) telah menghadiri lawatan ke Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) pada 11 Jul 2017 sebagai salah satu objektif pendedahan secara langsung aturgerak operasi di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) 6 Bgd.

    Lawatan dimulakan dengan penyempurnaan seminar selama dua hari oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato Dzulkarnain Ahmad diikuti taklimat berkenaan kawasan operasi di KTJ 6 Bgd yang telah disampaikan oleh Ketua Staf 6 Bgd, Lt Kol Yusoff Nor di Kedah Volunteer Hall (KVH).

    Seterusnya penuntut yang terdiri daripada 28 negara antaranya dari Australia, Bangladesh, Pakistan, Thailand, China dan pelbagai negara lain telah dibawa melawat kawasan OP Gubir.

    Turut hadir ke Mk 6 Bgd adalah Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar dan Komandan MTAT, Brig Jen Dato’ Md Yusof Aziz.

    [jaw_gallery gallery=”11441,11445,11442,11443,11444,11446,11440,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]