Tag: Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia

  • Country Offsite Visit IPACC dan SELF

    Country Offsite Visit IPACC dan SELF

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan meluangkan masa menghadiri Country Offsite Visit bersama peserta-peserta IPACC dan SELF bersempena dengan penganjuran Forum Ketenteraan Serantau bertempat di Taman Eko Rimba Komanwel pada 24 Sep 2025.

    Ketibaan PTD disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman sebelum acara dimulakan dengan gimik persembahan Tarian Ngajat dan diikuti lawatan ke booth serta pameran kenderaan perisai oleh Syarikat Mildef International Technologies.

    Seterusnya, PTD turut diberikan taklimat mengenai Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) serta dipertontonkan dengan demonstrasi menduduki pangkalan, masakan medan dan ikhtiar hidup.

    Program ini dilihat menjadi platform pertukaran pendapat selain berkongsi kepakaran strategik serta pengukuhan kerjasama ketenteraan di rantau Indo-Pasifik.

    Turut hadir, Chief of Staff of the United States Army, General Randy A. George, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.

    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

    situs slot gacor

    toto slot

  • Majlis Ibadah Korban Peringkat TD Tahun 2025/1446H

    Majlis Ibadah Korban Peringkat TD Tahun 2025/1446H

    KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bersama isteri, Datin Haslinda Mohd Ali menyempurnakan Majlis Ibadah Korban Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2025/1446H di Padang Kawad Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD) pada 10 Jun 2025.

    Majlis dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh TPTD kepada Ketua Pengarah Agama Markas Tentera Darat (MK TD), Brig Jen Hj Mohd Jihadi Hj Ahmad sebelum diteruskan dengan penyembelihan sebanyak lapan ekor lembu.

    Ibadah korban ini dilakukan bagi memperkasakan semangat pengorbanan dalam kalangan anggota selain memperingati sejarah Nabi Ibrahim A.S yang mengorbankan anaknya demi mentaati perintah Allah.

    TPTD kemudian turut mengagihkan daging korban kepada warga TD, golongan asnaf, wakil rumah anak yatim dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

    Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Syfiqrullah Mazlan, Pbt Raja Khairul Husaini Raja Roslan & Pbt Amir Hamzah Mohd Yusof

  • Perbarisan Penghargaan Brig Jen Inderjit Singh Bachan Singh

    Perbarisan Penghargaan Brig Jen Inderjit Singh Bachan Singh

    KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Perbarisan Penghargaan Brig Jen Inderjit Singh Bachan Singh di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) pada 23 Ogos 2023.

    TPTD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang disumbangkan kepada organisasi Tentera Darat (TD) khususnya dalam Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

    Ketokohan dan kecemerlangan Brig Jen Inderjit Singh Bachan Singh wajar dijadikan aspirasi oleh setiap lapisan warga KPTD agar ianya kekal sebagai organisasi kepolisan yang unggul dan disegani.

    Perbarisan penghargaan ini dijayakan oleh 15 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan iringan daripada pancaragam gabungan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan Rejimen 502 Askar Wataniah (Rej 502 AW).

    Mantan Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) ini mula berkhidmat di 101 Kompeni KPTD, Kem Genting Klang selepas ditauliahkan sebagai Lt M pada 21 Mac 1983.

    Sepanjang perkhidmatan selama 41 tahun, beliau telah memegang beberapa perjawatan penting seperti Ketua Cawangan Penyiasatan Khas di PULAPOT, Pegawai Memerintah 1 Rejimen KPTD dan Pengarah Kolej Pegawai Tanpa Tauliah Akademi Tentera Darat.

    Perbarisan kemudian diteruskan lagi dengan jamuan makan dan penyampaian cendera kenangan sebelum diakhiri dengan acara Street Lining oleh warga KPTD.

    Turut hadir, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Anuar Abdul Wahab dan Pengerusi KPTD, Brig Jen Abdul Wahab Geoh.

    Gambar: Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Mohd Tamam Jamioon

    Perbarisan Penghargaan Mej Jen Mohd Tamam Jamioon

    KUALA LUMPUR: Mantan Pengerusi Kor Ordnans Diraja (KOD), Mej Jen Mohd Tamam Jamioon diraikan dalam perbarisan penghargaan yang turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di Padang Kawad Batu Kentonmen pada 8 Mac 2023.

    “Sesungguhnya, persaraan beliau setelah berkhidmat selama lebih 41 tahun merupakan satu kehilangan yang besar khususnya dalam organisasi Tentera Darat.

    “Perwatakan yang mudah didekati dan disenangi semua lapisan anggota wajar dijadikan contoh oleh barisan pemimpin yang lain,” kata TPTD.

    Perbarisan berkonsep Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat Jalan ini terdiri daripada empat detasmen berkekuatan 16 pegawai dan 232 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KOD dengan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

    Mej Jen Mohd Tamam Jamioon akan bersara wajib pada 24 Apr 2023 dengan jawatan terakhir beliau selaku Asisten Ketua Staf (AKS), Bahagian Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Beliau ditauliahkan sebagai Lt M dalam KOD pada 18 Dis 1982 dan menyandang jawatan sebagai Pegawai Stor di 91 Depot Pusat Kelengkapan yang berpangkalan di Kem Batu Kentonmen.

    Sejurus selesai perbarisan, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan makan sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghargaan terhadap Mej Jen Mohd Tamam Jamioon.

    Turut hadir, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Anuar Abdul Wahab, Pengerusi KOD, Mej Jen Hj Rusni Saad dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Op SAR Batang Kali Bukti Keprihatinan TD

    Op SAR Batang Kali Bukti Keprihatinan TD

    PAHANG: “Tentera Darat bukan sahaja bersiap siaga dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara, malah perlu berganding bahu dan membantu masyarakat awam yang berada dalam kesusahan.

    “Keupayaan bergerak pantas menghulurkan bantuan semestinya akan meraih kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti dan keupayaan Tentera Darat dalam melaksanakan tugas”, ujar Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain.

    Demikian sebahagian ucapan PTD semasa Majlis Penghargaan Anggota Operasi Search and Rescue (SAR) Tragedi Tanah Runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor di Dewan Makan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) pada 6 Jan 2023.

    Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada 26 pegawai dan 326 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terlibat secara langsung dalam mencari 31 mangsa korban insiden di tapak perkhemahan berkenaan pada 16 Dis 2022 yang lalu.

    Dalam majlis tersebut, PTD menyampaikan cenderahati kepada para pegawai dan anggota LLP terdiri daripada Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd), 8 RAMD, 25 RAMD, Skuadron Semboyan Briged Ke-11 Infantri (11 SSB), 12 SSB, Rejimen 502 Askar Wataniah (Rej 502 AW), 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD), Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri (4 RSD), Rejimen Keempat Kor Polis Tentera Diraja (4 KPTD) dan Cawangan Serigala Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).

    PTD turut mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen yang dipamerkan dan berharap agar semangat pengorbanan seperti ini dapat dijadikan ikutan oleh seluruh warga Tentera Darat.

    Majlis diteruskan dengan jamuan makan sebelum diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan dan acara bergambar.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mej Jen Malek Razak Sulaiman Bahrom dan Panglima 11 Bgd, Brig Jen Hj Fazal Hj Abdul Rahman.