Pengorbanan

Ajal Belum Tiba – Sjn Hassanuddin Abd Karim

Peristiwa 46 tahun dahulu di kawasan gunung sekitar Sg Siput, Perak masih lagi tergiang di fikiran Sjn (B) Hassanuddin Abd Karim. Jika letupan itu terjadi mungkin kini dia sudah tidak lagi melihat dunia. Bak kata pepatah, pantang maut sebelum ajal. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah penglibatan Sjn Hassanuddin ketika berkhidmat di dalam tentera dimana beliau sedang melaksanakan Operasi GONZALES. 

Tanggal 18 Apr 1974, pada ketika itu Hassanuddin baru empat tahun di dalam perkhidmatan, namun semangat beliau tetap berkobar-kobar jika diarahkan untuk melaksanakan operasi-perasi khas Tentera Darat (TD). Di tambah pula dengan beret hijau yang tersepat di kepala membuatkan beliau tidak gentar untuk menghadapi petualang negara ketika itu.  Sehari sebelum itu beliau bersama rakan-rakannya dari Sungai Udang telah berangkat ke Kem Gua Permai, Tambun, Ipoh bagi tujuan diatur gerak dalam OP GONZALES.

Bersiap sedia untuk ke kawsan operasi

Namun sebaik tiba di kem berkenaan platunnya cuma diarahkan bersiap sedia terlebih dahulu dan berkemungkinan akan diatur gerak bila-bila masa sahaja. Beliau hanya mendapat maklumat daripada pihak atasan mengatakan ada pertempuran telah berlaku di sekitar Sg Siput. Pasukan Batalion Ketiga Rejimen Renjer (3 RRD) telah diserang hendap. 

Setelah enam jam berada dalam keadaan standby, Hassanuddin dari platun 6 Yankee Skuadron, 21 Rejimen Gerak Khas (21 RGK) bersama dengan bantuan anjing pengesan bernama Ben yang dikendali oleh Sjn  Chandan serta anggota Angkatan Tentera Orang Asli (ATOA) diarah menaiki helikoper untuk membuat penjejakan terhadap komunis.

Pasukannya diterbang ke lokasi menjejak musuh dan sebaik tiba helikopter yang dinaiki mereka tidak mendarat sebaliknya mereka dikehendaki terjun keluar dalam ketinggian dua meter disebabkan aspek keselamatan. Penjejakan terhadap musuh dimulakan dengan kekuatan keseluruhan pasukannya seramai 32 anggota. Mereka berpecah kepada tiga kumpulan. Episod menjejak komunis bermula dengan Hassanuddin merupakan orang paling hadapan dalam seksyennya.

“Din, hati-hati kat depan tu, kekuatan musuh kita tidak tahu berapa ramai yang ada, ujar ketua seksyen beliau, Kpl Zaki.

Bersama-sama rakan-rakan sepasukan

“Baik Kpl, saya akan pastikan penjejakan kita berhasil, Insyallah tidak ada apa yang berlaku, lagi pun Amin kan ada dengan saya ni,” jelas Hassanuddin yang ketika itu berada di hadapan. 

Di belakang beliau ialah Tpr Amin yang merupakan anggota ATOA yang mahir dalam selok belok hutan. Ketika itu laluan penjejakan mereka  tidak berapa semak sehinggakan mereka sampai di satu kawasan lapang dan terlihat beberapa kesan seperti ditinggalkan musuh setelah berehat. 

Hassanuddin yang memimpin penjejakan mula menuruni bukit dengan di belakangnya Tpr Amin masih setia mengikutinya. Laluan yang dilaluinya tidaklah berapa curam namun mereka masih lagi berjalan dalam keadaan taktikal sehingga sampai pada satu anak sungai.

Anak sungai tersebut cuma sedepa sahaja besarnya. Hassanuddin terus melangkah dan terlihat di depannya terdapat tiga pokok besar dalam dua pemeluk badan beliau. Sebaik beliau ingin melalui kawasan tersebut satu letupan tembakan kedengaran.

“Amin dah kena! Cari perlindungan cepat”, pekik Hassanuddin memberitahu rakan-rakannya yang lain dibelakang. Hassanuddin tidak menyangka tembakan pertama oleh pihak musuh itu rupanya telah terkena rakannya Amin. Sepatutnya, pasti dialah orang pertama yang kena tembakan tersebut kerana beliau berada di hadapan sekali. Namun kerana tiga pokok besar itu sasaran telah menjurus terhadap rakannya. Beliau yang ketika itu melihat Amin cedera ditembak, terus membalas tembakan dengan segera dan mendapatkan perlindungan disebalik pokok besar.

Bergaya bersama rakan-rakan karib

“Amin! Masuk dalam sungai cepat. Aku cover kau, jangan sampai musuh nampak,” pekik Hassanuddin kepada Amin.

Sementara itu rakan-rakannya yang lain turut sama masuk ke dalam sungai agar tidak dilihat oleh komunis ketika itu yang berada di atas bukit. Dalam masa tembak-menembak yang berlaku sekitar 10 minit itu, Hassanuddin tidak menyangka musuh telah melontar grenade ke arahnya.  “Allahuakbar! Grenade,” pekik Hassanudin.

Namun beliau sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya malah terus melepaskan tembakan terhadap pihak musuh tanpa mengiraukan keselamatan beliau. Sebanyak tiga butir grenade dilemparkan kepada beliau. Hanya kepulan asap sahaja yang keluar. Tidak langsung meletup. Bak kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal. Jika belum tiba ajalnya pasti masih terus bernyawa. 

Setelah tidak lagi kedengaran tembakan, Hassanuddin dan rakannya memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati tiga komunis berjaya dibunuh dan berjaya merampas 23 guni gandum yang dibawa oleh komunis.  Ketika itu, baharu Hassanuddin menyedari umurnya masih panjang kerana dia sendiri tidak terpikir yang grenade dilemparkan musuh tidak meletup.  Semangat untuk membunuh musuh telah membuatkan dirinya tidak terfikir akan bom tangan itu. Ketika itu juga dirinya berdarah manis kerana baharu sahaja bertunang.

Kaki kiri Sjn Hassanuddin tidak dapat diselamatkan terkena jerangkap samar

Pertempuran dalam OP GONZALES memberikan satu pengalaman yang besar buat dirinya. Beliau sedikit pun tidak gentar jika diarah untuk diatur gerak dalam operasi-operasi lain. Namun langit tidak selalunya cerah.  Pada tanggal 11 Jul 1978 beliau telah terpijak jerangkap samar ketika melaksanakan OP KOTA ECHO  di Gerik, Perak yang telah menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.  Kesannya sehingga kini beliau telah cacat kekal serta terpaksa menggunakan kaki palsu. 

Ketika kejadian itu, isterinya, Ainisahwati Abdullah sedang mengandung tujuh bulan dan tidak menyangka hal tersebut akan terjadi kepada suaminya.

Menurut Sjn Hassanuddin, ketika terkena jerangkap samar itu beliau tidak pengsan dan merasa kesakitan. Ditambah pula, seksyennya ketika itu tidak ada morfin bagi mengurangkan kesakitannya. Ketika itu beliau hanya kehausan sahaja dan beberapa kali meminta untuk minum air. Akhirnya beliau dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapat rawatan seterusnya. Kakinya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong bagi mengelak sebarang jangkitan.

Mengimbas keperibadiannya, Hassanuddin dilahirkan pada 5 Mei 1948 dan mula memasuki tentera pada 4 Jan 1970. Beliau menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson. Pasukan pertamanya ialah Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pada ketika itu di Kem Terendak.

Pada tahun 1971 beliau telah menjalani Latihan Asas Komando Indonesia selama enam bulan di Rejimen Para Komando Angkatan Darat (RPKAD) Batu Jajar, Bandung  dan berjaya menamatkan latihan tersebut serta dianugerahkan dengan Beret Merah komando Indonesia. Setelah pulang ke Malaysia beliau di tempatkan di pasukan 1 Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM). Kemudiannya telah menjalani latihan asas komando pada tahun 1972 dan berjaya memiliki Beret Hijau. Hassanuddin telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan Ainisahwati Abdullah serta mempunyai enam cahayamata. Pada 3 Jan 1992 beliau beliau telah menamatkan perkhidmatanya sebagai seorang anggota tentera dengan pangkat terakhirnya ialah Sjn.

Keluarga besar Sjn Hassanuddin

Menurut beliau, kecederaan yang dihadapinya sehingga mengakibatkan beliau kehilangan kaki bukanlah kehendaknya. Sedikitpun dihatinya tidak merasa menyesal akan kejadian yang berlaku. Malah semangatnya masih lagi berkobar-kobar ingin menghapuskan petualang negara. Di akhir perbualan, beliau menasihati generasi masa kini agar menghargai jasa dan pengorbanan perajurit terdahulu dan hargailah keamanan yang dikecapi kini.

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online