Tag: Street Lining

  • Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan

    Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan

    PAHANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dalam perbarisan penghargaan yang berlangsung di Padang Kawad Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) pada 11 Dis 2025.

    “Lt Jen Dato’ Zaidan Atan digambarkan sebagai pemimpin yang tegas, berjiwa besar dan memiliki integriti kepimpinan yang sukar ditandingi.

    “Anak kelahiran Air Hitam, Johor itu memulakan kerjaya pada 2 Ogos 1986 dan kemudiannya muncul sebagai tokoh penting dalam Kor Armor Diraja.

    “Ketokohan beliau bukan hanya terserlah melalui jawatan dan pencapaian, tetapi dibentuk oleh sifat peribadi beliau yang tidak mengenal lelah serta sentiasa merendah diri,” ujar PTD.

    PTD turut merakamkan penghargaan atas peranan besar beliau sepanjang berkhidmat sebagai pemerintah, staf serta jurulatih yang memberi impak jelas terhadap pembentukan warga TD hari ini.

    Walaupun telah bersara, nama beliau terus dihormati apabila dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Tentera selain memegang peranan penting dalam Boustead Holdings Berhad dan BHIC Submarine Engineering Services (BSES).

    Dalam pada itu, PTD turut memberikan penghargaan khusus kepada isteri beliau, Datin Nurfitra Mohamed Alias yang disifatkan sebagai tunjang kejayaan suami serta penyumbang besar kepada aktiviti dan pembangunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat.

    Terdahulu, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan telah menerima tabik hormat perbarisan melibatkan enam detasmen berkekuatan seramai 20 pegawai dan 367 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) disertai 25 Kenderaan Jenis Alpha dan 13 ekor kuda diketuai oleh Ketua Cawangan Sistem Logistik Bersepadu Tim Kenderaan Perisai TD, Lt Kol Nazrol Abdullah.

    Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati, jamuan makan serta menandatangani buku lawatan di Garaj KJA sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghormatan ke atas Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan MK ATM merangkap Pengerusi KAD, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Asisten Panglima Pasukan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohammad Razeif Che Ahmad.

    Gambar: Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

  • Jasamu Panglimaku: Penghormatan TD Kepada PAT Ke-22

    Jasamu Panglimaku: Penghormatan TD Kepada PAT Ke-22

    NEGERI SEMBILAN: Sempena Lawatan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Tentera Darat (TD) memberikan penghormatan tertinggi dengan mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Jasamu Panglimaku’ dalam sebuah perbarisan penghargaan bagi meraikan persaraannya bertempat di Padang Kawad Kem Segenting, Port Dickson pada 25 Jan 2025.

    PAT menzahirkan penghargaan kepada TD khususnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan atas inisiatif menganjurkan perbarisan ini.

    Dalam ucapan yang penuh bermakna, PAT menekankan bahawa meskipun kepimpinan akan silih berganti, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan tetap teguh dengan visi dan misinya yang jelas dalam menghadapi cabaran dan ancaman masa hadapan.

    “Sebagai pertahanan utama negara, TD perlu terus maju dengan komitmen tinggi dimana keupayaannya untuk beradaptasi dalam dunia yang kompleks mencerminkan kecemerlangan profesionalisme angkatan ini,” ujar beliau.

    Tambahan lagi, beliau turut yakin bahawa pelan pembangunan seperti Army 4Next G dan Strategi Domain Daratan akan menjadi pemacu utama ke arah memperkukuh kapasiti dan keberkesanan TD.

    Terdahulu, PAT menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang mengiringi Panji-Panji 23 RAMD diketuai oleh Mej Muhammad Fikri Senan.

    Acara diteruskan dengan perbarisan tempur yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Azlan Shah Baharom melibatkan kira-kira 2,800 pegawai dan anggota TD dari trup tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat pelbagai unit TD serta ragaan aset-aset tempur dipersembahkan bagi mencerminkan kekuatan dan keupayaan TD.

    Usai perbarisan, PAT merasmikan Dewan Serbaguna Kem Segenting yang dinamakan sebagai Dewan Tan Sri Mohammad (TSM) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan kepada TD dan ATM.

    PTD turut berkesempatan menyampaikan ucapan penghargaan kepada PAT atas dedikasi beliau dalam memperkukuhkan TD dan ATM sambil menegaskan bahawa komitmen PAT menjadi inspirasi kepada seluruh warga angkatan.

    Acara diakhiri dengan upacara street lining dimana PAT menaiki kenderaan perisai Malaysian Infantry Fighting Vehicle sambil diraikan oleh para pegawai dan anggota di sepanjang laluan utama Kem Segenting.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Jurugambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

    slot 4d

    situs slot gacor

    toto slot

    toto slot

  • Perbarisan Penghargaan Hargai Jasa Dua Pegawai Kanan KPA

    Perbarisan Penghargaan Hargai Jasa Dua Pegawai Kanan KPA

    KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja (CTK), Mej Jen Roba’i Rahmat dan mantan Pengarah Pendidikan, Brig Jen Hj Mohd Shukri Hj Mohd Ghazali yang bakal menamatkan perkhidmatan.

    “Tentera Darat (TD) dan seluruh warga Kor Perkhidmatan Am (KPA) khususnya pasti merasa sedih kerana bakal kehilangan dua pegawai kanan yang begitu komited dan telah menyumbang khidmat bakti selama lebih dari tiga dekad demi memelihara kedaulatan negara serta membangunkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    “Semoga ketokohan mereka dijadikan sumber inspirasi oleh seluruh warga KPA bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan kor dapat terus dikekalkan.

    TPTD berkata demikian semasa berucap dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Roba’i Rahmat dan Brig Jen Hj Mohd Shukri Hj Mohd Ghazali di Padang Kawad Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada 19 Jan 2024.

    Mej Jen Roba’i Rahmat telah ditauliahkan sebagai Lt M dalam KPA (Bahagian Gaji) pada tahun 1984 dan pernah ditugaskan mengikuti misi Tim Pemantau Antarabangsa di Mindanao, Filipina mulai 1 Sep 2004 hingga 14 Okt 2005.

    Sepanjang 41 tahun tempoh perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat sebelum ditempatkan di CTK dengan menyandang pangkat Brig Jen dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Mej Jen.

    Manakala Brig Jen Hj Mohd Shukri Hj Mohd Ghazali merupakan Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Besaut, Perak sebelum memulakan kerjayanya sebagai pegawai pendidikan secara pinjaman dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Atas minat yang mendalam, beliau telah memohon memasuki perkhidmatan lalu ditauliahkan pangkat Kapt pada tahun 1993 dalam KPA (Pendidikan).

    Pada 1 Apr 2020, beliau telah dinaikkan pangkat Kol sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pendidikan dengan kenaikan pangkat Brig Jen.

    Perbarisan penghargaan ini terdiri daripada empat detasmen melibatkan seramai 15 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Zuhaimi Hj Ismail dari Komponen Pendidikan.

    Sejurus tamat perbarisan, PTD kemudiannya diiringi ke Dewan Dato’ Othman Harun bagi menikmati jamuan dan menonton tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Mej Jen Roba’i Rahmat dan Brig Jen Hj Mohd Shukri Hj Mohd Ghazali.

    Simbolik acara diakhiri dengan perarakan Street Lining sebagai simbolik penghargaan kepada kedua-dua pegawai kanan yang diraikan.

    Turut hadir, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Ts Rizal Tan Sri Ismail, Pengerusi KPA, Brig Jen Zamzuri Harun dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Perbarisan Penghargaan Hargai Jasa Dua Pegawai Kanan KKD

    Perbarisan Penghargaan Hargai Jasa Dua Pegawai Kanan KKD

    MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengarah Perubatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Mej Jen Dato’ (Dr) Rosman Ab Rahman dan mantan Pakar Psikiatri 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut, Brig Jen Dato’ (Dr) Mohd Shah Mat Esa yang masing-masing bakal menamatkan perkhidmatan pada 19 Jan 2024 dan 5 Jan 2024.

    “Terlalu banyak jasa dan bakti telah dicurahkan oleh kedua-dua pegawai kanan yang diraikan ini sepanjang tempoh perkhidmatan mereka demi menunaikan tanggungjawab yang diberikan.

    “Semoga segala sumbangan dan legasi yang ditinggalkan akan dapat dimanfaatkan serta dijadikan panduan oleh generasi pelapis kepimpinan Kor Kesihatan Diraja (KKD) khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya.

    PTD berkata demikian semasa berucap dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ (Dr) Rosman Ab Rahman dan Brig Jen Dato’ (Dr) Mohd Shah Mat Esa di Padang Kawad Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) pada 4 Jan 2024.

    Mej Jen Dato’ (Dr) Rosman Ab Rahman telah ditauliahkan sebagai Pegawai Perubatan dalam KKD pada 19 Jul 1994 sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Perubatan dan Kesihatan dari Ireland pada tahun yang sama sebelum memulakan kerjayanya dalam ATM di Batalion Pertama Perubatan.

    Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 29 tahun enam bulan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting antaranya selaku Inspektor Jeneral di BPK, Pegawai Memerintah di HAT Tuanku Mizan dan jawatan terakhir sebagai Pengarah Perubatan Dalaman merangkap Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di BPK.

    Manakala Brig Jen Dato’ (Dr) Mohd Shah Mat Esa telah ditauliahkan dalam KKD pada tanggal 16 Sep 1994 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari University of Ghent, Belgium pada tahun yang sama sebelum ditugaskan sebagai Pegawai Perubatan di 301 Batalion Infantri (Askar Wataniah).

    Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), MALCON IV – SFOR bersama Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Markas Briged Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Bgd) dan 96 HAT Pangkalan TLDM Lumut.

    Perbarisan perhargaan ini terdiri daripada tiga detasmen melibatkan seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Mohamad Halif Mohamad Yusof dari HAT Tuanku Mizan.

    Sejurus tamat perbarisan, PTD kemudiannya diiringi ke Wisma Perwira KKD bagi menikmati jamuan dan menonton tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Mej Jen Dato’ (Dr) Rosman Ab Rahman dan Brig Jen Dato’ (Dr) Mohd Shah Mat Esa.

    Simbolik acara diakhiri dengan perarakan Street Lining sebagai simbolik penghargaan kepada pegawai kanan yang diraikan.

    Turut hadir, Pengerusi KKD, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Zahani Hj Zainal Abidin TUDM, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat

    Perbarisan Penghargaan Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat

    KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau dalam memastikan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) terus utuh, relevan dan kompeten.

    “Ketokohan dan kecemerlangan beliau seharusnya diteladani serta dijadikan sebagai panduan oleh seluruh warga KPTD agar dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri masing-masing,” ujar TPTD.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) pada 28 Jul 2023.

    Perbarisan berkonsepkan Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat melibatkan empat detasmen berkekuatan seramai 15 pegawai bersama 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Nizar Azmir Abd Malek dari Jabatan Arah Polis Tentera dengan diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD).

    Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat menyeru kepada seluruh warga KPTD agar berupaya menjadi pakar dalam penyiasatan dan keselamatan fizikal serta mencegah jenayah selari dengan pengalaman dan kematangan di tahap profesional.

    Mengimbau latar belakang Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat, beliau mula menyertai tentera sebagai Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek pada 7 Jun 1982 dan seterusnya ditauliahkan pangkat Lt M pada 23 Jul 1983 dengan menyandang jawatan selaku Ketua Platun di 4 Kompeni KPTD.

    Antara perjawatan utama yang pernah disandang ialah Komandan PULAPOT, Ketua Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ), Pengarah KPTD, Provos Marsyal Darat dan jawatan terakhir beliau merupakan Ketua Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta turut melakar sejarah apabila menjadi Pegawai KPTD pertama dinaikkan ke pangkat Mej Jen.

    Selesai perbarisan, acara diteruskan dengan jamuan makan, tayangan montaj dan penyampaian cendera kenangan sebelum diakhiri dengan acara Street Lining sebagai simbolik penghargaan kepada Mej Jen Azman @ Norazman Hj Selamat.

    Turut hadir, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Anuar Abdul Wahab, Pengerusi KPTD, Brig Jen Abdul Wahab Geoh dan Provos Marsyal Darat, Brig Jen Muhammad Rafi Abdul Kadir.

    Gambar: Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Perbarisan Penghargaan Persaraan Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh

    Perbarisan Penghargaan Persaraan Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Komander Artileri Divisyen 3 Divisyen (KAD 3 Div), Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh di atas sumbangan bakti, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi kepentingan perkhidmatan, agama, bangsa dan negara.

    “Antara personaliti Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh yang patut dijadikan contoh adalah beliau seorang yang amat berdedikasi, berwawasan dan berpengetahuan luas.

    “Justeru, persaraan beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar bagi Tentera Darat (TD) amnya dan Rejimen Artileri Diraja (RAD) khasnya,” ujar PTD.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perbarisan Penghargaan Persaraan Mantan KAD 3 Div, Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh di Padang Kawad Rejimen Ke-51 Artileri Diraja (51 RAD) pada 9 Ogos 2022.

    Perbarisan berkonsepkan Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat melibatkan empat detasmen berkekuatan seramai 16 pegawai bersama 232 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah 21 RAD, Lt Kol Zahiri Pati serta diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja dan brass band Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (14 RAMD (Mek)).

    Turut berlangsung adalah acara Lintas Hormat Kenderaan melibatkan enam buah meriam yang terdiri daripada empat buah Meriam 105 Milimeter Pack Howitzer dan dua buah Meriam 155 Milimeter G5 Mark 3.

    Dalam ucapan Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh, beliau menyatakan rasa terharu dan berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PTD yang melapangkan masa menghadiri majlis penghargaannya walaupun terikat dengan aktiviti dan tugas yang padat.

    Sejurus tamat perbarisan, majlis diteruskan dengan sesi jamuan serta tayangan montaj yang menceritakan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh.

    Mengimbau latar belakang Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh, beliau mula mengikuti latihan pegawai kadet pada tahun 1982 sebagai Ketua Seksyen di Pusat Latihan Artileri (PUSARTI) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Artileri bertempat di Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

    Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang adalah sebagai Komandan PUSARTI, Kol Cawangan Bantuan Tempur Markas Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) dan jawatan terakhirnya adalah sebagai KAD 3 Div mulai tahun 2019.

    Seterusnya, PTD menyampaikan cendera kenangan kepada mantan KAD 3 Div sebelum menyempurnakan gimik penyampaian peralatan sukan kepada pemerintahan Garison Gemas serta Sijil Kecemerlangan Sukan TD.

    Dalam masa yang sama, PTD turut meluangkan masa menyantuni warga Kem Syed Sirajuddin dengan menyampaikan pesanan dan amanat bagi memastikan aspek kebajikan anggota terpelihara.

    Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining sebagai tanda penghargaan kepada Brig Jen Datuk Noor Sazali Puteh.

    Turut hadir, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Brig Jen Mohd Saifulisham Hj Baharun, Pengerusi RAD, Brig Jen Zulmajdi Yunus dan KAD 3 Div, Brig Jen Noor Azman Ismail.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi, Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Riffat Mohd Yusof

  • Perbarisan Penghargaan Persaraan Brig Jen Salenin Hj Salleh

    Perbarisan Penghargaan Persaraan Brig Jen Salenin Hj Salleh

    KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Brig Jen Salenin Hj Salleh di atas segala jasa bakti serta sumbangan yang dicurahkan sepanjang 42 tahun mengabdikan diri dalam perkhidmatan.

    “Brig Jen Salenin Hj Salleh adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat (TD) yang berkarisma dan berkredibiliti tinggi selain memiliki perwatakan yang disenangi oleh semua lapisan anggota.

    “Sesungguhnya persaraan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada TD khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya,” ujar TPTD.

    Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Perbarisan Penghargaan Persaraan Brig Jen Salenin Hj Salleh di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah pada 28 Jul 2022.

    Perbarisan penghargaan berkonsepkan statik ini terdiri daripada tiga detasmen berkekuatan seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Muhamad Najib Jupri dengan diiringi Pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

    Dalam ucapan Brig Jen Salenin Hj Salleh, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPD kerana telah merancang serta mempamerkan perbarisan yang segak dan penuh semangat sempena persaraannya.

    “Kemantapan perbarisan ini menyerlahkan keikhlasan dalam hati setiap pegawai dan anggota sekali gus menjadikannya pengalaman yang tidak mungkin terpadam dalam ingatan, malah menjadi kenang-kenangan bagi saya dan isteri setelah bersara kelak.

    “Oleh yang demikian, semangat kesepaduan seperti ini harus dikekalkan dalam apa jua misi yang dipertanggungjawabkan untuk mencapai objektif yang disasarkan,” jelasnya.

    Menyentuh serba sedikit latar belakang Brig Jen Salenin Hj Salleh, beliau memulakan perkhidmatan pada 1 Jul 1980 dan telah ditauliahkan pangkat Lt M pada 11 Apr 1981 sebagai Ketua Platun di 20 Kompeni Angkut, Sungai Petani.

    Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang adalah sebagai Komandan Pusat Latihan Kor Perkhidmatan, Pegawai Staf 1 Pengurusan di Jabatan Arah KPD, Pegawai Memerintah 91 Depot Bekalan Pusat, Pegawai Staf 1 Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD), Ketua Bahagian Pengurusan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengarah KPD.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cendera kenangan sebelum diakhiri dengan upacara street lining sebagai penghargaan terakhir kepada mantan Pengarah KPD.

    Turut hadir, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Samsi @ Hj Shamsudin dan mantan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik MK PMBTD, Mej Jen Datuk Hj Abdul Aziz Mohd Shariff.

    Gambar: Riffat Mohd Yusoff

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron

    Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain memanjatkan kesyukuran diberi kesempatan menghadiri perbarisan penghargaan sempena persaraan Mantan Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 27 Okt 2021.

    “Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah mengorbankan seluruh jiwa dan raganya serta sentiasa komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

    “Saya menyarankan ketokohan dan kecemerlangannya diteladani oleh seluruh warga Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) agar dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri masing-masing sekaligus membantu RAMD kekal sebagai sebuah kor yang unggul dan kredibel,” jelasnya.

    PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron di Padang Kawad, Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) pada 20 Okt 2021.

    Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron mula mengikuti latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada 1 Jun 1980 sebelum memulakan kerjaya sebagai Pegawai Muda pada 17 Jun 1982 di 21 RAMD yang berpangkalan di Sabah pada ketika itu.

    Beliau juga telah menyandang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Memerintah Batalion 305 Infantri (AW), Pengarah Psikologi dan Kaunseling Tentera Darat di Cawangan Sumber Manusia (CSM), Ketua Staf MK 2 Div, Ketua Bahagian Tadbir dan Logistik ESSCOM dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Jakarta.

    Perbarisan perhargaan ini dilaksanakan dalam norma baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan seramai 17 pegawai dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Ismazaini Ismail.

    Sejurus tamat perbarisan, PTD kemudiannya diiringi ke Wisma Perwira 15 RAMD bagi menikmati jamuan dan menonton tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron.

    Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining mengikut SOP bagi mengelakkan penularan COVID-19.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

    Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime