HUT

KPA Melakar 67 Tahun Keunggulan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kor Perkhidmatan Am (KPA), Brig Jen Dato’ Zamzuri Harun melahirkan rasa syukur atas pelbagai kejayaan yang dicapai oleh KPA dalam usia menjangkau 67 tahun sekaligus menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam KPA untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Pencapaian demi pencapaian telah kita kecapi sehingga ke hari ini, kejayaan yang lalu perlu dijadikan panduan agar kita mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Peranan setiap lapisan peringkat amatlah penting dan ia meliputi pembentukan sahsiah, disiplin diri, keberanian serta kegigihan dalam mengharungi cabaran pada masa ini kerana ia tidak bergantung kepada fizikal semata-mata, malah akhlak dan moral yang baik akan membuktikan seseorang itu berada di landasan prinsip hidup yang betul.

“Justeru, saya berharap agar semua warga KPA untuk mendalami ilmu pengetahuan di dalam bidang pengurusan, kewangan mahupun strategi ketenteraan.

“Segala usaha yang akan dilaksanakan ini akan menjadikan warga KPA menjadi lebih matang berdasarkan kepada pengalaman (experience) yang diperolehi melalui tugas harian, ilmu pengetahuan (knowledge) daripada pengajian formal yang bersesuaian dan skil yang diperolehi secara hands-on melalui tugas yang diarahkan, tegasnya ketika berucap di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja semasa Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KPA Ke-67 pada 1 Jul 2025.

Di samping itu, beliau turut menyeru kepada setiap lapisan warga KPA agar memastikan cogan kata “Berbakti” sentiasa dipraktikkan dalam setiap tugasan yang dilaksanakan selain perlu bersatu hati dan bekerjasama demi mencapai kejayaan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Terdahulu, Pengerusi KPA menerima tabik hormat serta memeriksa perbarisan melibatkan enam detasmen berkekuatan seramai 21 pegawai dan 259 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Azri Awang dari Komponen Pendidikan.

Perbarisan kemudian diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, Upacara Pemakaian Pangkat melibatkan 18 anggota LLP dan Upacara Pemotongan Pulut Kuning sebagai simbolik sambutan HUT KPA Ke-67.

Dalam acara yang sama, Pengerusi KPA turut berpeluang untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 50 pegawai dan anggota yang cemerlang dalam bidang akademik di institut pengajian tinggi sama ada dalam dan luar negara sebelum diakhiri dengan upacara perasmian tracksuit KPA yang baharu.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan ATM, Brig Jen Mohd Sharif Ishak, Pengarah Rekod dan Pencen, Kol Fadzlie Rizal Ishak, Pengarah Perhubungan Raya, Kol Fazilah Hj Mohd Ali dan Kol Operasi Urusan Gaji ATM, Kol Mohd Lutpi Taufik Che Mat Min.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan Rjr Raja Hussaini Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online